25 December 2011

WORDLESS Sunday




ShareCeritaBukanUntukGlamour

23 December 2011

My Bad Night

Hye..Assalamualaikum..
Huih..lme da ta meng'hupdate' si blog..da ucuk da.  Sory..aku bukan lupa kan kau wahai blog.  Tengok skang..aku taruk perfume banyak banyak..Wangi ta? Eheh..See?  Betapa mengarut nya aku..
Aku tak berapa nak ada mood untuk mengupdate blog ni..Yelaa..nothing interesting to share. :)  Haa..lihatlah dunia..betapa teruknya english ku ^_^

Aku nak share cerita about my last night..Ingat na update terus mlm tu..tapi keberanian tak cukup kukuh la.  Hari ni aku cuba untuk bercerita.  Walaupun keberanian belum cukup kukuh..ecehh :)  

Malam tu..aku nak turun bawah sebab nak minum air.  Baru nak jejak langkah pertama kat tangga..jengjengjeng!  Bau yang pelik menakluki hidungku..ihik!~  Serius ni. Tak tipu.  Korang pernah bau bunga yang warna putih yang ada kat kubur tak?  Pernah?  Ha!  Macam tu lah bau dia..then, aku terus pergi dapur..tengok kalau kalau mak ada masak apa apa..tapi tak ada!  Then, aku duduk smula tengok tv kat atas.  Dengan tak tenteramnya duduk situ..tetiba muncul makhluk Allah yang tidak diundang..berwarna hijau yang bernama 'pelesit'.  Peh...!  Memang terkejut tahap gaban.  Tengok!  Entah perkataan apa aku sebut..Dengan takutnya aku pun turun lah ke bawah..terus! serta merta! Memang dah tak toleh kiri kanan.  Aku turun..berjalan..bau yang sama menusuk hidung..eceh!  :)  Then..aku terus pergi toilet..cuci muka.  Ada lagi bau tu..kenapa ni.  Resah gelisah rasa -_-'  Aku terus duduk bawah..dengan tv atas tak off. Takut kot!!~  Kau apa tahu?  Mak aku pulak kena pergi kenduri..Tinggal aku dengan abah jer.  Aku tak biasa sangat dengan abah.  So, aku diamkan aje.  Aku tengok je tv kat bawah..tak bergerak kemana.  Tunggu my mom balik.."Mana mak nih!~"  Mata aku da taleh nak celik..jam menunjukkan pukul 11pm..tengok..skema.  Mak aku tak sampai jugak.  Then..aku dengar bunyi motor 'tententennn' ahaha...kiut bunyi dia. :D  Masa tu..pukul 11.45pm..Lambatnya mak balik!  Terus bukak pintu then dengan mata yang tak berapa nak celik..aku naik atas untuk tutup segala lampu and tv.  Cepat masuk bilik akak then tidur kat situ.  Haha!  Penakut!  "Memanglah!  Kalau kau?  Kau tak takut eh?" 

K lah..kau orang tak takut and bukan penakut macam aku kot..Bye!!!~ (tone 'merajuk')

Eheh!  Daa~

Salam..
psssttt!! -->  Semoga hari ini tiada bau seperti semalam..eheh~  PNW (peace no war)

Teringat dulu..time form one.  Kat surau.  Member aku sorang ni amek binatang ni.  Dia cabut kepala.  Hah?? Ada rambut.  Start dari tu aku takut tengok natang ni -_-
Haha!  SAje jer..ganas kucing lanun :)  Kau ada???

ShareCeritaBukanUntukGlamour

12 December 2011

dupdapdupdap

Assalamualaikum..:D

Hye semua..selamat malam..
Dupdapdupdap 1000km/ haha :D  Seriously cuak, takut, gelisah..segala benda lah ada. Sebab tengok fb situ duk tulis status pasal result..yang ni pasal result.  Opcos la cuak sebab aku tak tau apa yang aku jawab time dalam dewan tu..chaiitt!! =_=' 12/12/11 aku tunggu dengan tak berapa nak sabar..start 12am aku menggelabah try bukak web POLISAS bagai..padahal tadek kuar lagi.  Tapi aku nak jugak tengok! "Hey! Sudahlah..dah takde tu tido."  Ok..dengan hati yang tak tenang aku pun shutdown laptop -_-'

Then.tibalah tengah hari..after masak semua. Aku on laptop and dalam keadaan yang giler cuak..aku slow slow bukak web POLISAS then klik e-result..Ya Allah..!  Ni bukan 1000km/ da -_-' "Eh! Yang kau over cuak pahal?? Kalau kau carry pun, g jela Poli tu next sem. Tu pun susah!"  "Urh! Mulut!!" Eheh..Ok. The first thing yang aku tengok kat result tu..tepi sebelah kanan..LULUS LULUS LULUS LULUS dan seterusnya LULUS..

Ya Allah..thanks GOD :D  First word aku sebut opcos la "ALHAMDULILLAH". Tak sia-sia usaha aku selama ni..tak sia-sia aku study time kepala migrain..tak sia-sia jawab paper dalam kepala rasa nak hentak kat dinding..tak sia-sia jawab paper dalam rasa nak pitam bagai sebab memang asyik sakit kepala jer kalau duk kat kuantan tu..apa hal pun tak tau la =.='  Sejurus selepas itu..eceh!! :)  Baru slow slow tengok result satu satu subjek. Amin!~ and memang aku tak sangka yang aku akan dapat benda tu. Yelaa..jawab sedar tak sedar je :D  Seronok tak terkata..turun bawah terus cari mak.."MAK! DAH DAPAT RESULT!~"  hehe :)

Bila budak pemalas time sekolah menengah dulu sedar diri bila dah masuk IPT..:D

See!~ Senyum lebar :D Pipi macam kuih pau yang nak meletop ^^ haha

Kenangan. Kengkawan POLISAS --DSK4B.  I'll remember you ollzzzz ^^
tonton 3D citer apa aku ta ingat--muka muda--sem dua :)
group discussion--McD Teluk Cempedak -_-'
Wearing 'baju korporat' = keparat -_-' panas giler! 
Tunggu bus. Yeah! Kereta aku bawak memang untuk buat pameran kat flat tuh :)
Hah y ni..ada yang melompat sakan. Ada yang malu malu kucing.  Segala bagai ada. Eheh :)
Miss you All lah! :')  Jumpa korang Convo bulan 4 nanti. ^^

ShareCeritaBukanUntukGlamour

11 December 2011

Salah siapa? -_-'


 Hye hye hye..Bertemu lagi di episode yang kedua untuk hari ini. Haha :D 

Ok!  Mari kita teruskan tanpa menuju atau menjenguk kemana-mana arah yang tidak melibatkan title diatas ok..About..orang yang nak tegakkan benang yang basah..ke?  Entah..aku tak sure.  Tapi tiba-tiba aku teringat pasal sorang kawan? Aku tak sure jugak pasal tu..Dia aku kasi nama ‘A’ la kan senang. 
Aku jumpa dia kat Cyber Cafe.  Time tu memang belaka check result.  Tapi aku dah check awal kat rumah..eceh! 
Aku curi tengok result dia..sebab dia sorok-sorok. :D  Dia tanya “Result kau berapa?” “Umm..ok laa..kau?” (dengan nada yang buat-buat tanya).  Then dia cakap “Kau tak pe lah..course kau senang..tak macam aku.” “Aikk! Suka hati cakap course aku senang.  Kau tu yang banyak main-main!”

Yeah! Aku tahu kau accountant..and aku ni just sains kesetiausahaan.  Actually aku memang tak suka bila orang bagi alasan macam tu..”Heloo there!! Susah ke senang macam mana pun..kalau kita nak benda tu..kita akan usaha.”  Am i right?  Memang terbakar hati masa tu..aku cerita kat classmate aku yang lain..dorang pun sama pendapat dengan aku. 
Kalau dia cakap course kita senang..kenapa ada je yang ‘carry’.  Sama je..kalau kita rajin..kita usaha..kita akan dapat apa yang kita nak (InsyaAllah).  Semua atas diri sendiri and selebihnya pada yang diatas.  Kalau tak..tak ada lah yang cemerlang..yang kepujian ke apa kejadah tu.  Course apa apa pun..setiap course ada student yang tahap dia lain-lain.  Bukan atas subjek yang kita amek tu..Semua ada kurang lebih dia..sebab tu la wujud course lain-lain..kerja macam-macam ada kat dunia ni..kelebihan kita tak sama. 
Kalau kau tak ada basic accounting kenapa kau mengada-ngada amek course tu!! =.=’  Macam aku..aku ada kelebihan pada subjek yang praktikal..and this sem..banyak yang membaca..aku dah baca puas-puas..tapi aku memang lambat tangkap.  So, time exam aku just tawakal.  Aku tak salahkan subjek yang aku amek..memang itu kekurangan aku..and aku dah try buat sebaik mungkin.  Tapi kau..kau salahkan subjek tu plak.  And kau nak banding dengan orang lain..~_~’

Ah! Sudah lah!! Malas aku nak layan..lumrah manusia bila nak tutup salah sendiri :D.  So..chill..hehe.  Aku tak marah pun..saja nak mengada sikit ^^, “Kau pun sama je cda..orang cakap kau..kau cakap orang lain”.  “Eh..mulut kau ni..suka hati je”.  
Psstt! Kalau korang nak buat something..korang kena lah usaha 
then doa..baru tawakal. Ok! :p  
See u on the next post. Ecehh! Macam lah ada orang nak baca entry kau :D

Enjoy!! “Aik..ada lagi?  Berapa panjang daaa”. =.=

“Last word! Assalamualaikum” :p

See!  betapa suka nya aku..aku ta mara :)

ShareCeritaBukanUntukGlamour

Cuti yang panjang | maybe

Hye!! Assalamualaikum..:)

Haish..boring giler sebab blackout plak hari ni..pagi pagi da na kacau life orang. Potong betul..da aku tulis ni kat word.  “Ee!  Pe jadah kau ni cda tulis kat word bagai!  Cari la kerja lain yang boleh buat”. “Eh eh..suka hati aku la..” So, aku akan paste kan kat blog nanti (bila da ada elektrik – tapi bila?)  Apa apa jelah..aku nak teruskan jugak menaip. Tak kira tak kira..!  (Sambil hentak hentak kaki) :D See! Betapa aku reda dengan ketiadaan elektrik =.=’ (Lappy aku sengal~ giler cepat habis bateri)

Ok cukup lah berleter panjang dengan ayat yang tak ada kena mengena langsung dengan title.  So we proceed..bout time cuti-cuti Malaysia aku sekarang.  Aku duk je kat rumah with my mom my dad..and my kura-kura..umm..?? No name..i didn’t put any name for..her/him?? Urh ya..aku tetap tatau apa gender dia.  “Teruk punya tuan!!”  “Hey!  Mana ada teruk!  Baik tau..tukar kan air dia hari-hari (harum punya bau)..bagi dia makan..(kuat giler dia makan =.=’) and dia memilih ? Ouh naah!  Dia tak memilih tapi mungkin jemu dengan makanan tu..dia tak nak makan kangkung kecuali terpaksa..kalau dia lapar sangat baru dia makan kangkung tu.”  “Heloo!! Bila kau nak stop cakap pasal kura-kura kau??”  “Hah?!  Ok done! (Sibuk jer)”.

So..tetime cuti ni..aku just jaga kura-kura..blogging..muka buku..and SMS?? Yeah..kerja harian :D  Ouh..ada la kerja-kerja lain aku buat.  Memasak?  Yup!  Aku suka memasak..:D  And then, aku try make a case..any case..case untuk hand phone, pencil, coin, make up..aku buat guna ZIP. Yeah...100% by zip!! Aku tegaskan lagi..100% by zip ok. Zip kain kat kain korang tu..zip seluar yang kat seluar korang tu.  Aku tak curik la korang punya..opcos la aku beli kat kedai. Eheh :D  Aku tertarik untuk buat benda ni time aku terpilih pergi kursus yang aku tak willing nak pergi tu..aku ada cerita kat entry sebelum ni..ada one of the group cakap sal benda ni..so aku try lah :D  Sambil sambil cari makan time duk kat rumah ni :’)  Act, aku teringin nak buat bag..tapi belum masa lagi. Sebab aku tak tahu mana nak cari tali tersebut. -.-‘

Jom tengok gambar kat bawah! Eheh :D

ni case untuk coin..on my way na siapkan..kecik je sebenarnya. :)
and y ni..pencil case :)

ShareCeritaBukanUntukGlamour

Hormat la sikit wahai neighbor ku =.='

Hye Assalamualaikum..:D

This is my second entry for this night. Eheh!~ Bukan addict..tp skadar mengisi kekosongan...(kekosongan? waktu sekarang menunjukkan 2:40 a.m.)  Nah..abaikan :)  Umm..so menuju ke jalan yang lurus dan jangan masuk kemana-mana simpang supaya boleh menuju terus ke title yang tertulis di atas..heh~

Ok..talk about neighbor..jiran tu mesti la hormat menghormati..kan?  Tolong menolong..and segala benda yang membawa kepada kebaikan.  Tapi..ada one of my neighbor ni..umm sangat tak hormat kat kitorang yang Islam and dia satu-satunya jiran yang berbangsa India kat sini.  Yeah..berjiran da berpuluh tahun.  Depan rumah aje.. Ye..aku memang tak puas hati..and orang lain pun..

First!  Dorang (satu family)  tak hormat waktu maghrib kita..dorang akan pasang lagu kemain kuat lagi..time maghrib. "Hey korang tak ada time lain ke??" Even tak hari-hari benda tu..tapi geram giler bila dorang buat macam tu..aku ingat cikgu taekwondo..dia hormat giler azan even dia non-muslim..Tengah duk 'hiaahh! Hiuhh! Hiapp!"  Habis segala bunyi kuar..then bunyi azan berkumandang..tiba-tiba dia tanya "Azan ke?" kitorang pun jawab "A'aa..azan"  "Ok..kita tunggu dulu..kejap lagi sambung" See! Betapa hormatnya dia...bangga betul aku dengan dia :')  Kitorang tak dengar azan tu pada mulanya sebab memang tengah bekerja keras time tu :) Hehe..Tapi masalahnya jiran aku..bukan dia.

Second!  Time dorang sambut any event cam birthday party ke..anak kahwin ke..deepavali or anything.  Dorang akan main mercun tengah malam dari pukul 12-2am macam tu..bising giler. Tung tang tung tang..atas atap aku jatuh  apa kejadah semua yang dorang lempar tu..urhh!! Hati macam kena bom tau.."Woiii!! Agak agak laa..!!"  Membara hati ni..boleh nyanyi lagu AWIE dah..huh =.='.. Paling tak boleh terima laa..dorang tu tak paham ke ada orang sakit..jiran aku sakit..baru balik dari hospital.  And time mak aku sakit..ee! Kalau boleh nak gi lempang sorang sorang..bukan dorang tak tau..tapi tak faham bahasa.  Yeah..memang bahasa kita tak serupa -_-'..Kalau dorang tak main mercun..dorang akan gantikan dengan lagu-lagu merdu dorang..Ya Allah..aku nak tidur..tolong lah faham..~_~'

Third!!  Aku sakit hati bila sampah sampah mercun ke apa penuh atas jalan and rumah aku opcos kena tempias.  Lagi aku sakit hati bila mak aku sebagai ketua blok dalam blok ni kena bersihkan semua yang ada..ye..memang tak banyak..mungkin dalam satu kereta sorong macam tu =_=' ..bukan aku tak nak tolong..tapi cuti deepavali tu aku cuti sehari je..and time deepa tu dah kena balik kuantan and time anak dia kahwin tu aku ada kat kuantan.

Kitorang pun takde lah nak tegur ke apa..takut bawa gaduh..sebab dorang dah pun salah faham dengan jiran sebelah rumah dorang ~_~'  Susah bila tak ada tolak ansur kan?

So kat sini..aku cuma nak kongsi masalah dengan korang si readers yang sudi membaca :')
Keluh kesah aku sebagai jiran yang agak malang =.='

K la..time to sleep..night :)

Assalamualaikum
Eheh -_-'

ShareCeritaBukanUntukGlamour

BAHASA APA KAU GUNA? | Geli aku

Assalamualaikum.
Hye..midnight readers :) haha..

Opss! Awal awal da gelak :)  Heh!
Tadi aku ada chat dengan my classmate.  Tetiba dia ckp.."mewajuk kunk!"  Haa?? "MEWAJUK"???  WTH -_-' .  Euww..geli aku dgr.  Arh..ape mewajuk ni..gedik giler!!! "Wei..! Tolong lah..nak terkeluar isi perut segala" =_='. Mcm ni agak boleh la dimaafkan...then, member aku suh tengok wall dia and baca satu pic ni..Okay!  Done!  Yeah..absolutely nak terkeluar usus bagai.."Wei cah!! Get ready paip untuk ganti usus aku k!!" Ok dah..dia cakap "Kat sini lah aku dapat inspirasi". Lebih kurang cam tu laa..kot. (Ye..aku memang selalu tak confidence!) Hah..entah bahasa mana budak ni guna..aku rasa better pergi hantar dia kat tadika semula la..sebab huruf pun dia ta kenal ni..(Sorry..saya 'Siti Syahida' bukan nak kutuk orang yang buta huruf..orang buta huruf tu sebab bersebab :) cuma aku memang rasa meluat bila orang guna benda yang kononnya kreatif--> kreatif ke??)  Nah..memang ta kreatif!  Kita memang guna shortform la untuk tulis pape kan..tapi ni bukan shortform. Adeiii =.='

Ni antaranya lah :

too -->  to0wh
biar --> byqw
ni --> nyh
kurus -->kw0z

Ahhh!! banyak lagi..migrain aku..na taip benda ni..tiap satu huruf aku kena tengok semula yang ori..~_~'

"Bahasa apa kau guna ni..adeii aku pening tengok.."  Yeah..memang lah aku pernah cakap..kalau tak suka tak payah tengok..tapi ni first time.  And serious aku memang tak nak dah baca benda macam ni..Haish...macam macam laa..huruf 'A' jadi 'Q'..budak tadika pun pandai tau..=.='

Ok ok..cukup..sebelum migrain aku merebak merebak bak virus yang menyerang komputer..baik aku abes kat sini je.
Aku ada attach apa ke jadah aku chat dengan member aku sorang tu..dengan post yang bahasa bukan ewww ewww jer..lebih pada ewww da..:)
Sekarang..Terimalah sebuah nukilan of the year..haha (opss! over) :D

Daa :)

psssttt!!  Sape sape yang kenal budak di atas tu..tolong la nasihat dia sket :)

Assalamualaikum..good night ^^'
ShareCeritaBukanUntukGlamour

7 December 2011

Wordless

GoodNight 
Assalamualaikum

ShareCeritaBukanUntukGlamour

Untung lah kau | Untung ke?

Hai..Assalamualaikum..

Huargghh!  Dah tengah malam rupanya.  Hum..Tak seronok sangat pun cerita ni.  Tapi tadi aku duk menjelajah fb yang jual macam macam jenis baju and aksesori tu.  Then aku teringat aku gi jalan ECM | East Cost Mall dengan member.
Kitorang memang giler dengan rantai yang gambar besar besar gittew!  Sekarang kan famous rantai 'OWL' tu..macam macam bentuk lagi la ada 'IKAN, PEACOCK, HEART'.  Murah murah je..agak kitorang bosan..then gi tempat lain..kat floor berapa aku tak ingat.  Yang kedai kat tengah tengah tu..memang aku rasa tak laku kot..sebab kitorang tak pernah berminat and tertarik untuk beli kat situ.  Sebab apa??  Sebab beza harga dia dengan kedai dekat bawah tu memang jauh giler kot..Kat kedai bawah tu harga untuk necklace 'OWL' tu..dalam lingkungan 8-12 ringgit macam tu..ikut size la kan..Kitorang tengok kat atas tu..harga dia 25++..hah!~ Jauh giler beza kan?  And shawl kat bawah harga dalam RM10-15..pashmina and satin punya type.  Aku tengok kat atas tu..harga dia RM25++..Huh! Mahal tu..benda yang sama.  Aku tengok kat butik pun dia jual RM15 je..
Aku tak tahu nak describe either dorang untung atau rugi..Yelaa..kalau ramai orang beli kat dia memang untung la sebab banyak beza tu..Tapi rugi..sebab tak ada orang pun nak beli kat dorang..banyak giler kot persaingan dalam tu. Pastu jual mahal mahal..confirm la customer pilih yang murah kan?  Sebab quality sama je.  Lain la..dia jual anything yang branded. Takpelah kalau nak mahal..and memang orang tak akan kisah..sebab dah confirm quality barang tu bagus.
And bukan kat luar je..even kat fb pun macam tu.  Aku pernah tengok baju kurung pahang.  Ada yang price RM150 and satu lagi RM170.  Tapi postage sama je. Banyak aku tengok harga RM150 la..satu tu je aku tengok RM170.  Jual warna..jenis, corak..segala benda lah sama.  Tak ada beza langsung.  Tapi harga jauh lari.
So, korang korang..jangan main beli je. Usya dulu banyak tempat.  Segelintir nak untung je lebih..heh :)
Daa~
Good Night
Sweet Dream..
Kitorang peminat tegar necklace tu..and kitorang punya ring sama! 'OWL'. Besar giler.  Eheh~  

ShareCeritaBukanUntukGlamour

6 December 2011

Mengata ke mengutuk? | Lumrah manusia kot

Hye readers..Assalamualaikum..

Sebelum nak keluar jenjalan ni..aku ada lah jenguk YOUTUBE..Then tetiba teringat nak intai video "CIKGU SHIDA".  Aku tengok lah sikit..lebihnya tengok orang duk komen kat bawah tu.  Ramai yang mengata..tapi ramai jugak lah yang support Cikgu Shida tu..aku tertarik dengan satu komen ni "Kalau dah tak suka tak payah la jenguk youtube".  Bila aku fikir semula..betul jugak.  Dah kalau korang tak suka..tak payah la tengok video tu.   Ni tak..ntah ntah lebih pada orang tengok..Korang duk mengata..mengutuk tu..bagus sangat ke?  Pandai sangat nak judge orang..Ada lagi satu komen.."Kalau tengok perempuan pakai tudung cam tu mesti korang nak mengata..yang orang terdedah sana sini tu korang diam je"  Ok..lebih kurang macam tu la..Humm betul la kan?  Sekurang-kurangnya dia berani nak buat pape..kalau korang..ada bran ke nak buat macam cikgu tu buat..korang buat muka cam tu. Then publish kat public.  Mungkin tak ramai yang berani buat macam tu..ada lah ter'cover' ni lah tu lah..Aku mungkin tak berani macam cikgu shida..tapi sekurang-kurangnya aku tak mempertikaikan apa yang dia buat..Korang bagus sangat ke?

Hehe..cukup lah..ta mo panjang panjang

Daa..spread love.♡♡




ShareCeritaBukanUntukGlamour

4 December 2011

Teruja

Assalamualaikum..
Hari ni..nyaris 50 entri aku bantai..takdelah..tipu je tu..bosan la..


Okay laa..aku nak cakap pasal teruja..Teruja bila aku tengok something tu yang aku rasa aku memang takkan mampu nak buat benda tu..hehe..yeke?? Mungkin boleh kot..tapi makan masa la..then practice hari hari.


Fisrt!  Aku teruja giler tengok orang potong ikan ke siang ikan?  Ntah tak pasti.  Bukan orang siang ikan kat dapur tu..bukan siang ikan "master chef" tu...tapi orang siang ikan hidup.  Haaa...tak berkelip kot mata tengok..hiii..tu bukan teruja je..jakun pun ada.  Ada la aku ngan family aku gi beli ikan patin dengan talapia..aku tengok dia amek ikan patin tu..hidup lagi kot..teros potong camtu je. Huh..cepat, pantas dan terbaikkk.  Hikhik.Lagi satu ikan talapia..ikan talapia kan bersisik..ikan tu hidup hidup dia buang sisik tu.  Terbaikkkkk laa..sebelum ni aku tengok orang buang sisik ikan yang da ta idop je..heh!  Agak korang aku jakun ke ta?? Mungkin ada yang pernah tengok tu..akan cakap yang aku ni jakun lah..kan kan..aku tau korang kutuk aku..mesti korang cakap.."APA KE BENDA DAK NI MEMBEBEL?  ENTRI CAMNI PUN NAK BUBUH KE?"  Ah..Lantak laa.."AKU NAK BUH JUGAK..BLOG AKU KAN..AND AKU MEMANG SUKA MENGARUT." hehe..jangan marah bang! Bak kata 'cat ruffedge' dalam citer stilleto.."LEX LUU!!!"  Hehe..ok oke..dah cukup..


Ni aku cari video orang potong patin hidup..:D
Tapi yang aku tengok tu lagi laju la dia potong..memang giler teruja..hehe..tu jelah perkataan kau pandai sebut..duk teruja dari mula sampai abes! Kalau nak tengok..korang pergi kat tepi sungai pahang..de orang jual ikan patin situ..huhu..:D



K lahh..Daa :)
Spread Love ;) wink wink!!

ShareCeritaBukanUntukGlamour

Ouh Cieda ~_~

Hye all readers :)
Assalamualaikum..

Umm .. susa giler aku nak dapatkan aku punya self-confidence.  Lagi-lagi bila aku berdepan dengan orang ramai..kenal ke tak kenal ke.."AH!! KENAPA AKU MESTI ADA KAT DEPAN NI!!!" Rasa macam nak lari keluar je..Bila dalam group or ada peneman kat depan..'nebes' aku kureng sikit lah.  Kalau aku sorang je..tatau nak kata apa.  And aku memang orang yang tak reti nak bercakap..so jangan amek aku jadi 'promoter' ok? Aku cakap benda yang tak formal..setakat sembang-sembang tu boleh lah..kalau nak kena present..huh! "IDOK LER AKAK"  Sebab tu ler "AKAK TAK TERINGIN NAK JADIK CEKGUU"..hehe :D  Dengan ragam student yang  "YA ALLAH!!!" ..even tak semua pun macam tu.  



"AKAK TAK NAK CEGHITA PANJANG LEBORR"..agak korang lah..macam mana la "AKAK NAK ADA SELF CONFIDENCE TU???!!!!"  Mintak korang punya sikit boleh? Hehe..so skang ni....aku tengah berpikir "CAMNE KALAU NAK GI INTERVIEW!!!!"  Haaahh~  luluh jantung..boleh nyanyi lagu "berdebar jantung ku...♪ ♫ ♩ ♬ "  hehe..


Kalau korang boleh share share...confidence korang tu..bagi lah sikit..jangan kedekut.."SHARING IS CARING" tak gitu?? 


Daaa!! :)
Puan..mintak lempang sket..agak agak boleh hilang nebes ni..haha:D

Spread Love..

pssstt!!  yang ni..aku ta bleh blajar from the past / pengalaman :')

ShareCeritaBukanUntukGlamour

Wordless

Yeah! I want you to know that I always think of you :D 
Gedik gittteeewww..hehe~
And I won't let you go :D
And continue our relationship like this.  Haha..gatall!!
Cause I love you..thisssssss much :D
Hehe:")

Daa :)
Spread Love ღღღ
Assalamualaikum..


ShareCeritaBukanUntukGlamour

Learn From the Past

Assalamualaikum..



Hahaha :D  Belum pape lagi dah gelak besar kan?  Benda ni dah lama dah jadi..tapi baru teringat nak menghebahkan. (Poyos kau)  Mula mula nak belajar drive kereta opcos lah giler nak bawak je kereta even tak gheti pon sebenornyee..Heh~ Hah rumah memang cantik jalan..tadek bukit bukit. Pak hang!!  Bukit tau..nak keluar simpang..tetime tu memang tak pandai nak control pe jadah semua pedal tuh..Belum dapat L pun lagi.. Koya nak drive..biasakkkk degil kan?!  Abah tak rajin nak bawak aku..aku bawak lah sendiri.  Hah :)  Then tekan lah terus minyak tu...kalau bleh aku nak straight kan aje stereng tu..langgar je semua benda. Hehe..ni bukan langgar ke apa..masuk terus dalam longkang.  Mujur tadek gaung..kalau ta, dengan gaung gaung aku masuk..baru dalam sikit..:") Hehe..tahu kau cuak..maybe tak perlu dah kot masuk gaung sebab pernah dah masa kekecik dulu..jatuh ngan parents skali. Tapi motor je..


Pastu rasa macam 'Ah!! Tanak dah sentuh kereta!' Haha..Trauma tuhh.  Kalau kau pun mesti macam tu kan?  Abah bising..aku buat pekak je..'siapa suh abah tak nak ajar'..lalalala...mak aku relax je..tak bising pun.  Sebab bukan salah aku. Abah aku memang jenis nak marah je. Pernah la ajar sekali dua..dia ajar tak betul pastu nak marah marah..dah aku give up.  Tak pandai pandai pun..telinga je dah naik berdarah..dengar abah marah. Mentang mentang dia dah pandai..Then, aku cuti skolah..gi amek kat Selangor..Abang ipar aku ajar kat sana before amek L..Sekali je dia ajar..aku da boleh ikut dah pe dia cakap..Nampak sangat cara abah aku tu salah.  Tak bleh jadi cikgu.  Huh!~  Then esoknya gi lah apa ke nama tempat tuh! Nek nyanyok dah ni cuuu..tak ingat..Aku try la drive dengan cikgu kat situ..Siap puji lagi..haha kembang segala. :D  Aku cerita lah yang pe aku cerita kat atas tu..dia gelak je. Dia cakap biasalah tu..baru baru..orang belajar dari pengalaman jugak.  



Then aku nak amek P plak..aku amek kat sini je..Cikgu tu ntah pape ajar. Dah la mahal!!!!! Menipu!!!! Memang tak halal lah kot rezeki dia dapat tu..Sakit kot hati..Dapat P pun cam orang tak belajar je kereta.  JPJ tanya..aku cakap lah orang tu tak ajar pun!! Trafik light, round board. Tunjuk jalan pun ta..mana duit kitorang bayar beribu tu pun tatau..Dapat P..pas setahun baru nak bawak kereta..tapi nak keluar simpang kat tempat "kejadian" tu pun aku takut..teringat. Macam mana lah kalau aku masuk lagi longkang tu...adeii..Lelama...aku ok lah..Skang nak kata expert tak berapa expert lahh.  Boleh lah kalau nak drive kemana nak pergi..heh~


Benda tu tak boleh lupa lahh..dak dak ni pun suka perli..ah! lantak kau lah..tak kesah pun..:D  Pekak kan aje..

pssstt! Dah nak abes P dah 27 hb ni ;) 

Selit sikit gambar yang kusot ni :D

Apa pun korang nak cakap..aku gelak je macam ni :D

Pedulikan pe orang cakap okay adik adik..and jangan mudah give up..learn from the past :)

Spread Love ♡ ♡ 

ShareCeritaBukanUntukGlamour

2 December 2011

Bermakna ke tak???

Borink giler hari ni..malam ni tetiba plak line internet lembab cam sipot khinzir. Ihiks!! Guna bahasa lembut sket okay?  :)  Nak tengok youtube tak boleh..nak on9 fb pun lembab giler nak kuar.  Blog pon agak slow tapi tak se'slow' muka buku.  So aku akan cuba untuk jadi SI KARUT :")

Ouh ye...Assalamualikum :)


Apa korang fikir kalau korang couple dengan someone tu..pastu dia susah nak contact korang and buat tak tahu je sal korang.  Umm..mungkin memang tak lah untuk contact 24 hours kan..asal kan contact. Itu pendapat aku..terpulang la pada korang.  Mungkin kita pun boleh bosan nak contact dengan orang yang sama.  Tapi untuk apa menipu orang tu..bagi alasan berjuta..cakap je terus terang..biarlah dia terasa pun. Dari korang tipu dia..lambat laun dia dapat tau jugak korang punya trick. Lagi dia terasa. Betul tak?  Benda ni semua based on my own experience la..Kadang aku rasa macam "aku ni siapa sebenarnya".  Alasan yang sama je dia guna.  Ada kerja..tolong ayah..then penat nak rehat and whatever lah..then malam tu boleh pulak kau pergi main futsal ngan kawan kau..balik lewat..kau tau tak aku tunggu kau call aku sekejapppp pun jadi lah..bila aku tegur kau..kau cakap aku ta matured..giler??? Aku ta matured sebab aku tak boleh terima kau call aku sekali sehari? Abes kau nak contact aku sebulan sekali? Seminggu sekali? or setahun sekali?  Apa aku cakap pun..kau tetap nak salahkan aku dalam semua hal pun..Tak faham betul..tu lah first and insyaAllah yang last orang yang macam tu dalam hidup aku..Aku tau..bukan aku sorang je hadap benda macam ni..apa boleh buat...sabar je..selagi boleh sabar. Mungkin ada orang boleh terima benda ni..benda kecik je. Tak jejas pun.. Tapi lain orang..lain..betul ta?


One more!  Apa kata korang..bila korang punya gf/bf lagi sayang kan benda lain dari korang sendiri.  And aku pun tau...memang ramai yang macam tu.  Especially lelaki..dorang lagi sayang motor / kereta dari korang..Kalau la korang tanya "abes hilang aku tak pe la???"  pastu bf korang cakap "memanglah..motor tu bukan senang nak dapat".  Agak lah..rasa na lempang ke rasa nak terajang mulut dia??  Korang fikir lah sendiri..so korang agak korang bermakna ke buat bf korang tu?


Ada lagi....apa korang rasa bila korang punya bf/gf burukkan korang after korang break.  Abes dia citer buruk sal korang..abes dia citer kat orang lain...cam korang yang rosakkan hubungan korang sendiri.  Yelah...macam nak tegakkan benang yang basah.  Ibaratnya lah kan...dia langsung tak nak mengaku salah dia.  So confirm lah orang lain akan pandang serong pada korang kan..confirm la orang pk korang ni cam pembawa masalah gittewww :) .. Sedangkan dia pun ada salah..korang tak ada sampai sebarkan cerita sal dia..tak ada cerita kat orang pe yang buruk sal dia...sebab...untuk apa semua tu? Benda tu buatkan masalah jadi makin besar..bukan makin baik.


Cukup dah kot...kepala dah tak boleh nak fikir..Hehe..kita share cerita lain pulak nanti.. Apa pun..hargailah orang yang sayang korang..jangan sia-siakan dorang..sebab menyesal kemudian tak guna dah..mungkin korang susah dah nak dapat orang macam dorang..and mungkin korang akan dapat balasan macam apa yang korang buat.


And now..thanks God..cuz YOU give me the right guy. InsyaAllah :D Hopefully, dia tak lukakan hati aku and hancurkan hati aku macam yang dulu.  Haha..jiwang pulopppp :")  *sambil gigit gigit jari ^_^

Kepada dia yang dulu tu..ubah lah sikap kau yang suka salahkan orang lain..jangan fikir yang kita ni perfect. Semua sama..ada lebih ada kurang..and kau pun sepatutnya terima kekurangan kau sendiri. And cukup cukup lah burukkan orang lain..termasuklah kawan-kawan kau sendiri or siapa siapa je. Mungkin bukan aku je yang cakap benda ni..mungkin orang lain. Cuma benda tu tak sampai kat kau. Humm..Ramai cakap..jadi something tu sebab akan ubah something jadi lagi baik..yeke?


Daaa..:)
Aku selit sket gambar si muka kusot..
Berlagak..serabut :)) eheh


Semoga hari esok lebih baik dari hari ini..:D


ShareCeritaBukanUntukGlamour

Best ke handle dinner?

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته kat semua yang baca blog nih..
Helloo...cuaca cantek hari ni..mood pun boleh tahan lah baik..
Tapi sakit hati bila teringat benda yang memang menyakitkan hati..aku rasa kalau korang jadi aku pun korang sakit jugak hati. Even benda tu dah lama..tapi cam ta bleh nak lupa plak. Menyesal pun ada. Sabar jela..ada aku marah..tapi dorang cakap dah jadi nak buat macam mana. Yelah bukan dorang yang rasa. Aku yang rasa.


Aku salah sorang AJK dinner yang kononnya nak grand sangat tuh..cam s**l!! Aku sibuk g hotel..buat tu buat ni..tapi aku ta dapat makan masa dinner tu. Giler sampai serabut kepala aku. Ouh lupa plak..aku AJK multimedia. Semua aku yang kena buat. Aku de lah ketua. Dia membantu aku jelahh..Patutnya aku just bergantung pada AJK persembahan and protokol je. Ni tak..multimedia plak yang kena susun semula lagu pe semua. Dah lah dak dak persembahan bagi lagu diorang time rehearsal. Damn !! Giler kalut. Aku ni dah naik migrain. Diorang relax jer. Dengan rehearsal sejam je. Memang aku nervous lahh!! Aku sorang handle benda macam ni..aku kena habiskan masa aku berminggu siapkan video and everything..aku yang handle time dinner tu. Tup tup tak dapat makan. Mana duit RM80 tu pergi??? Ouhh..orang cakap de junior bawak masuk dak lain..aku tak nak dengar dowh benda tu. Sakit kot hati..mana yang patutnya bertanggungjawab tuk jaga kaunter. Pe guna mintak meja la whatever. Attendance ta tanda..budak main masuk cm tu je..meja tak cukup..giler ke??? Mintak cukup cukup. Ramai giler kot tak dapat makan and tempat duduk opcoz..Ee..!! Memang tak puas hati dowh..sabar jelah. Pastu duit lebih rasa banyak kot..tapi pulang 32 je sorang. Hah! S**l..biar lah korang nak fikir apa..aku cakap apa yang aku rasa. And hopefully benda ni dah tak jadi. Buat serabut kepala..bazir masa..bazir duit aku. Kononnya nak suh support. Tapi dia buat tak kisah je pasal kitorang bila jadi macam ni. Sembang kemas..semua orang boleh la..kan?? Hahha..lantak lah kau. Aku tak rasa aku boleh maafkan sape sape pun yang buat benda ni boleh jadi macam ni..sabar jelah cda. Hah! one more thing, ada laa...sorang junior ni..aku kan agak serabut nak tunggu persembahan satu tamat and teruskan lagu lain untuk persembahan lainnya..aku da kalut sebab lagu dah berterabur and tentative dah tunggang terbalik..dia boleh tanya macam macam dekat aku. Sedangkan ramai lagi orang yang dia boleh tanya. Member aku yang kat sebelah aku ni free semacam dia tak nak tanya..aku rasa dia rabun kot macam aku. Tapi sekurang-kurangnya aku tak ganggu orang lain punya kerja..telinga ni rasa macam nak keluar asap je time dak tu tanya macam macam kat aku. Weh adik!! Akak ni dah lah nervous..dengan de satu persembahan tu lagu ta jalan. Takkan tu pun adik nak akak ajar..eeeeuueueewww..~_~'




Dah la...aku mungkin menyesal..tapi aku takde lah sampai tak nak libatkan langsung diri aku untuk jadi AJK untuk event sebesar tu nanti..

Apa apa punn...untuk junior yang bawak masuk orang lain tu..aku nak ucapkan "Padan muka korang sebab nanti event korang lagi besar dari yang kitorang buat. Korang rasa lah apa yang kitorang rasa. Korang buat macam tu kat kitorang, confirm time korang nanti akan jadi benda yang sama". Aminnn~ Huh~ jahat plak rasa. And korang rasa lah macam mana AJK kena kutok ngan students lain...RASAKAN....~


ME AND FRIENDS 
Dinner kononya..muka happy walaupun hati berapi :)






Spread Love,  
سيتي شهيدا





ShareCeritaBukanUntukGlamour