29 December 2012

Zaman bila??

Hai2! Assalamualaikum ^_^

Malam yang sungguh panas -_- Macam nak hujan je..sabor jela.Malam ni macam tadek idea sgt nak membebel panjang..sebab panas menyelubungi hidup dan ke'excited'an untuk menyulam n mengait tersemat kukuh dalam jiwa. -_- Wahh! ayat ke apa?

Okay so proceed pada tajuk yang terang benderang kat atas tu. Tetengah lipat kain2 buruk yang dah terpakai..sampai miang2 kaki -_- ni..Maklumlah baru lepas kenduri la katakan..Tetengah khusyuk melipat tetiba ada baju yang sangat memusykilkan otak yang blur malam ni ^_^ Baju t-shirt besar tapi singkat..macam baju zaman skang tu..yang singkat2 yang kena pakai baju belah dalam tu..haaa cenggitu lah ^_^ Aku pk jugak..zaman bila punya lah eh -_- sebab zaman aku kekecik dulu tadek pon baju tu...even zaman akak atas aku tu pon. Aku tak pernah tengok. Dah 21tahun ni baru nampak kewujudan baju tersebut yang dah koyak rabak..Yelah..nama pon kain "BURUK"

Yelah..baju ala2 vintage dah berlambak skang..means that dunia kita dah berpusing semula cam zaman dulu..baju 'bebek' bak kata akak aku. Kebetulan aku memang suka pakai baju2 vintage..unik je nmpk -_- tapi bila sampai kat aku PELIK je nampak ada lah --, *kesah pulak aku kan? hahaha ^_^

K lah kengkawan sekalian...aku nak teruskan melipat kain buruk..kaki dah miang2 kena habuk ni -_- sabor jelaa..tatau la bekas org lap apa. even dah basuh...sabun sebesen pon bau dia menyengat..melekat sampai lusa. Belum habuk dia..mau sampai 2020 nti baru nyah dari tubuh aku ^_^ wahawaahahha...babaiiii..gudnait semua :)
ShareCeritaBukanUntukGlamour

1 December 2012

Masalah demi Masalah

Assalamualaikum kepada reader yang sudi meng'read' coretan yang tak seberapa dari aku.

Sejak aku duk key ell, aku rasa cam ta pernah update pulak benda alah ni -_- Yelah kan..nak guna apa pun aku tatau. Balik kampung pun setakat sehari jek. Memang bawak balik lappy untuk tambah beban kereta aku je sebenarnya.

Awat skang aku boleh update pulak benda alah ni?? Sebabnya aku da resign. Bila? Baru hari ni lah. Semalam last day aku bekerja sebagai account clerk kat SECURIFORCE LOGISTIC SDN BHD. Too many problems I got since duk kat kL. Kawan, housemate, money, kerja dll. Tak terkiralah masalah dia kata kau. Manusia mana yang tak ada masalah? Can you please tell  me? Okay broken english itu perkara biasa.

This was my first problem..tempat kerja yang sangat membosankan..sebabnya tak ada kawan. Cik kawan resign cepat sgt -_-..Dalam ofis tu..aku dgn cik akak exec sorang ni je pempuan. Yang lain semua lelaki. Lelaki??? Husband org..abg2. Aku fikir aku baru kerja..so kena tabah! Hahaha...tabah tu..^_^ Since cik kawan resign..aku terpaksa lah makan sorang2...pergi kedai sorang2..borak sorang2..okay tak! Aku masih siuman..And a thing yang aku paling taleh terima..cuti hari ahad je. Kerja sabtu every week. Ahad je cuti...masa bila aku nak balik kampung woiii...-__-

The second problem..let me tell you..Bila perkara kecil dibesar2kan. Yeah..aku memang pantang. Perangai macam org ta matured. Siap report kat parents bagai. Then kalau boleh macam nak bagitahu satu dunia..kenapa tak umum kat masjid ke..masuk berita ke..paper. Lagi glamour. ^_^ Ikutkan hati aku memang nak tanya manusia durjana tersebut. Tapi mak da pesan..biarlah dia. Yelah kan..nanti lain pulak jadinya. Lain buat, lain dia ckp nya. Sokay manusia durjana ^_^ Aku cool lagi..Yang aku tak boleh terima..lepas je jaja cerita bukan2...dah huru-harakan family aku bagai nak rak..sanggup perabis kredit tepon mak aku hari2..kemain cemas sebulan tak balik kL..? Haih! Setahu aku kau student -_- Sokay...tu masalah kau. And...libatkan org lain dlm hal ni sampai org y baik dgn dia remove aku? termasuklah dia. Bak kata Niza "Allah knows better". Keep smiling and lupakan segalanya yang berlaku dgn dia. Tak payah nak besarkan cerita..

Lepas masalah kedua tu..aku and kawan serumah yang serumah masa duk kat rumah si durjana tersebut pindah ke rumah lain. Aku sebenarnya tak nak libatkan org lain. So aku mcm tak nak pon dia ikut aku..sbb aku takut nanti aku akan lebih dipersalahkan. Sedangkan si kawan ni yang nak follow dgn rela hati. Aku terima..sbb dia pon tak salah. Biarlah apa nak dikata. Think positive je. Kitorang cari rumah sepantasnya sebelum org2 baru masuk..sbbnya mana kitorang nak lepak? Mana ada lg space utk kitorang..Pindah pulak duduk dgn akak yang dah kawen. Ya Allah..reda jela. Anak kecik..bising..-_- Yang tu aku cam boleh terima lagi.budak2 kan? Laki dia? Mesti korang ingat kitorang duk dgn laki dia skali?? Tak..kakak tu ckp laki dia tak duk umah tu. Duk Hulu Selangor. Okay kak! Sebulan lepas tu...haiii kak! Weekend je laki akak balik sini. Apa citer ni? Start dr tu lah aku terpaksa mengeluarkan duit dengan sukarela pergi rumah kakak kat batang kali..Dua minggu sekali. Dua minggu sekali balik pahang. Sebabnya laki kakak tu lah! Apa korang rasa bila laki kakak tu duk kat ruang tamu 24 hours? Ruang tamu yang betul2 dpan pintu bilik korang..yang korang keluar terus terpampang jelas muka si lelaki tu? Dah la abg tu lepak sorang2..bini dia buat tak port je laki dia balik. -__- Apa lah masalah korang ni. Libatkan org lain dah ni tau ta??

Sebab apa aku pindah pulak? Sebab si kakak gila tu tetiba marah aku. Buat muka baboon..baboon yang kat zoo tu ha..sebijiklah tu. Betul..Kengkadang rasa nak beli pisang sumbat dalam mulut dia. Tapi sabar je..apa kan daya. Sedaya2nya aku keluar dari rumah tu. And pasrahkan je apa yang terjadi.

Kenapalah manusia ni ada je yang tak puas hatinya..-_- Apa ntah salah..klah...CikSiti nak tido. Nak menggemukkan and menternak lagi lemak2 yang hado. hahaha...babai...assalamualaikum..good night..sweet dream yayang2 semua ^_^




ShareCeritaBukanUntukGlamour

12 August 2012

Mencari Ketenangan Hidup

Hai :) Assalamualaikum para blogger and hadirin hadirat sekalian. Bhaha..macam ada jer :D
Baru selesai solat subuh..terus berblog..ngee <3 p="p">

Okay ! Cukup lha na pusing tunggang terbalik..terus ke title di atas. 

Ya..lepas kepala dah agak mengong fikirkan benda yang dah tak ada gunanya untuk difikirkan..aku cuba mencari ketenangan. Ingat kat Allah banyak2..Ingat Allah tu Maha Besar..Maha Kaya :) Benda yang paling senang untuk tenangkan diri..Berdoa banyak2..Supaya dia bagi nikmat yang lagi besar dari sebelumnya..InsyaAllah..Apa pun kita perlu bersyukur. Allah takdirkan sebegitu rupa mesti ada hikmah disebaliknya..Mungkin ada yang lagi baik untuk aku. Positifkan fikiran..selalu. :) Sekarang..aku cuba untuk tersenyum ikhlas. Aku cuba lakukan perubahan dalam hidup :) Tak ada orang yang sempurna..So, aku cuba buat yang terbaik dan cuba menjadi yang terbaik di mata Yang Esa. Walaupun itu sesuatu yang bukan mudah. Tapi aku cuba :) 

Seminggu dua ni..aku teringat dekat semua..semua orang yang aku kenal. Aku teringin nak jumpa korang dohh! Rindu sangat :) Aku rasa maybe akan lebih tenang kalau aku dapat jumpa korang ^^ InsyaAllah..Humm..sedih..menangis..tak tahu nak luah :') 

Benda ketiga..aku rasa seksa nak tanggung diri aku. Yelaa..baru nak menapak dalam bidang kerjaya ni..Kat kL pulak tu..humm..gaji pulak kecik. Betul2 mencabar kesabaran..tapi..aku tahu aku kena sabar. Sebab..memang susah nak cari kerja sekarang..mula dari bawah..susah dulu..Aku usahakan cari kerja lain. Hopefully lepas raya ni..aku dapat kerja lain. Kerja yang membolehkan aku tanggung diri aku and balas jasa mak bapak aku kat kmpung tu. First gaji lagi teringin nak bagi hasil titik peluh dekat dorang..tapi...apakan daya..diri sendiri pun tak mampu nak tanggung. Nak balik kampung pun susah..cuti pulak ahad jer. Kalau naik bas..lambat..kalau naik kereta..banyak pakai duit. -_- tulah..dulu time study tak beringat..ada simpan duit dalam bank..pergi habiskan. Sekarang..menyesal pun dah tak guna -_- 

Semua salah diri sendiri..lalai..leka..semua lah! 

Apa pun..InsyaAllah aku akan tersenyum dan terus tersenyum :) 
Gua selit sket koleksi muka gua..biar buruk asal...ntah :D



Assalamualaikum :)
Bye2! muahh <3 mihmih="mihmih" p="p">


ShareCeritaBukanUntukGlamour

11 August 2012

Pengalaman mengajar aku erti kehidupan

Assalamualaikum :)
Post kedua untuk hari ni :) Senyum tu sedekah kan..so saya senyum jelah. Tak kena bayar pun..tak susah pun. Buat apa nak tunjuk muka berlagak..buat apa nak sombong. Semua orang sama je..kaya ke miskin ke..tua ke muda ke..korang hidup tetap kena makan..kan? Ada ke orang kaya tak makan? Setidak mampu mana pun orang tu..kalau nak teruskan hidup mesti kena makan walaupun sikit. :') (ohh terharu sangat) Yea..aku sedih..pengalaman duduk kat KL ni..walaupun baru nak berjinak2 dengan bandar kL..biasalah..sebelum ni singgah2 je..Apa yang aku nampak..terlampau ramai pengemis kat kL ni. Ada yang sakit..ada yang tak berapa siuman. Aku rasa macam nak tahu je puncanya..tapi....ada yang normal..sihat..perfect! Tapi tetap mintak sedekah..Weii! Korang tatau malu ke?? Pengalaman aku tengok dua pengemis yang mewah..mintak sedekah....duduk hisap rokok dunhill -_- ada aku pergi sogo..aku nampak dia kat luar jual tisu..memang lelaki tu buta..perempuan tu sihat..teman member pergi butik levi's -_- Ya Allah! Lelaki dgn perempuan tadi..dia bawak beg tisu tu jugak..beli levi's doh! -_- Semenjak tu..aku pantang tengok pengemis..ntah~ Aku tak suka..hidup dengan mengemis..dorang hidup lagi senang dari kita..sehari dorang boleh dapat 300ringgit..aku kerja sebulan dapat 900 jer -_- dia mintak sedekah 3 hari jer. Dah dapat sawan 'jer' da aku ni..semalam pulak ada orang tua baye2 bapak aku..sound2 plak sbb ta na bagi duit -_- hadoi...apa lha masalahnyer..apa pun "tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah". Dah laa..gua sentap ni sentap!!
Bye kengkawan :) Semoga hari esok lebih baik dari hari ini...

ShareCeritaBukanUntukGlamour

saya tetap akan tersenyum walau pada hakikatnya sebaliknya

Assalamulaikum semua :)
Dah berbulan tak kunjung blog nih..lepas duk kL..semua jadi tak indah. Sebab..aku tak suka kL..aku tak suka sesak..aku tak suka bising..aku tak suka bunyi hon sana sini. Tapi..apa kan daya..hujan emas di negeri orang -_-  hehe..
Sentiasa tersenyum :) Sebab senyum penyembuh segala duka..mungkin ya atau mungkin tidak. Bila hati dah tak sesenang dulu..bila duka mula mengganggu hidup aku yang dah sediakala hiba ni -_- hadoi...bikin gua down je. Nak buat kerja pun dah susah..asyik berfikir benda yang dah berlalu. Kadang rasa diri sendiri yang bersalah atas diri sendiri. Siapa suruh dulu pergi cari pasal. Berkawan dengan orang..pastu berharap bagai nak rak. Haihh~ apa lah nasib badan. Sedih gua! Sampai sekarang tak boleh nak lupa..-_- tak boleh nak happy..grrr! mengong sekejap. Hhaha..(button shift susah plak nak tekan - puiii!) Teringat benda yang menyedihkan adalah benda yang paling aku tak suka..boleh mintak ubat hilang ingatan ta?? boleh?? -_- Sekarang tengah cuba cari ketenangan..tapi kat sini tak ada membe2 macam time study dulu...boleh suka2..keluar..lepak2..tengah sedih pun tak rasa sedih. :) Tapi..bila dah kat kL..semua benda datang tepat dalam kepala..-_- Tak boleh nak buang pulak tu. Yang mampu..berdoa sahaja :) Semoga aku boleh buang semua kenangan lalu..walaupun kenangan yang cuma hanya seketika.


Tapi...awak dah bahagia :) Saya nak tumpang lha sikit :) Boleh tak? Nanti jangan lupa jemput makan nasik minyak ye :) Hee :') terharu....sudah lha..membebel banyak2..penat tau..aku puasa.



Bye :D


ShareCeritaBukanUntukGlamour

28 March 2012

Me the CARELESS one!

Hauuu...(???) Baru nak start dah typo lebih ni macam mana? Assalamualaikum sahabat-sahabat..makhluk-makhluk Allah sekalian alam..hehe :)

So, today I want to present about..err~ tak yah nak present sangat lah kakak! Okay..pusing ke tajuk yang aku nak kongsikan hari ni. :) ME THE CARELESS ONE . Hahahaii! Kau tengok muka aku macam careless tak? Ohh...tak kenal..lupa plak. I'll put my 'buruk' picture. :) Kadang-kadang menyampah jadi diri sendiri. Suka careless. Means..lupa je letak barang kat mana-mana. Tak kisah la apa jenis barang sekali pun. So, setiap kali pergi mall..kita mesti kena amek kad kan? Then..kad tu aku mesti kena bagi orang lain pegang. Yang satu kereta dengan aku lah kan. Takkan nak bagi orang kereta sebelah plak..tak pun pas je kat orang-orang dalam mall tu. Then terus hilang. Haha..baru padan muka. Aku tak lah bengap sangat nak buat macam tu kan? Umm..Aku kena bagi orang lain la..kalau ta, aku tinggal dalam kereta la..nanti nak bayar mula la kena pergi kat kereta dulu untuk amek kad tu. Gila menyusahkan! Penat tahu??! Kadang-kadang rasa macam nak campur otak korang sikit dalam otak aku. Boleh? Tak ada lah aku ni careless bebenor. Ye dak?
Aku lebih kepada lupa??? Ha? Tak kan dah nyanyuk.  Baru 21 tahun duk dalam dunia dah nyanyuk. Gila teruk kau. Yelah..makanan favourite kan semut. Aku spesis tenggiling. Ada rupa tak? Gila kejam kalau korang cakap ada rupa. -_-

Teruskan..the worst thing happened dalam hidup aku is tertinggal beg baju kat hotel kat Melaka. Cuti-cuti Malaysia lah sangat time tu. Umm..tak ingat form berapa. Muda lagi la time tu. Kenapa aku lupa?? Dah aku main keluar je tak check bilik pun. Ingatkan abang ipar aku tolong bawak ke apa. Rupanya tak! Damn..beg baju tertinggal seh! Dah tak ada baju nak pakai. Bahhaha..teruk -_-
Apa pun..aku simpati dengan diri sendiri. Cda teruk -_- Jangan nanti baru kahwin tetiba lupa dah ada suami. Aku boleh bayangkan. Hahaha..kelakar kan? Okay tak. Tak payah nak gelak sangat. Nanti bertambah teruk lupanya. :)





Assalamualaikum..semoga hari ni lebih baik dari semalam. ^^



ShareCeritaBukanUntukGlamour

24 March 2012

Orang Bandar Masuk Kampung

Hai3! Assalamualaikum and selamat sejahtera :) Wah! Lega rasa dah mandi badan dah segar-segar tanpa setitik peluh. Hahhaa~ Teruk! 

Okay sudah...back to title :) Hari ni pulang ke kampung tercinta..bersama kak Shebb! Erkk~ Sheril Shuhaimi maksud aku. Miahahah..Kenapa aku bawak dia? Saja nak suruh orang kampung kacau. Ehhh! Tak ada lah..bukan. Aku kesian pulak dia kena tinggal sorang-sorang kat rumah terindah kat kuantan tu nanti. :) Dengan encik bf dia jauh. Lahailahaii..baik kan aku? haha..puiii!! So dengan baik hati aku pun bawak lah dia duk rumah aku. Then macam mana dia nak balik Kuantan semula? Pandai-pandai lah nak hidup. Hahaha..JAHAT. Dah baik then jahat plak. Macam-macam jenis manusia lah. :)

Err~ Semakin lari dari tajuk plak dah :) Hahaha! (tetiba suka!) Aku suka tengok gelagat orang bandar masuk kampung..macam orang kampung bila masuk bandar. Sama je citer dia.! :) Pasal Cik Sheril sorang ni. Masuk rumah teruja plak tengok rumah bersepah -_- hahahha..bersepah sangat. Biasalah rumah kampung. Dengan parents suka simpan barang-barang yang tak berapa nak pakai sangat tu kan. Hahahah. Apa pun tak boleh. Then pergi tengok rumah atas...kan? Rumah lama..papan :) Aku dah la suka rumah papan-papan..klasik sangat :) Tapi apa kan daya..itu hanya impian..Dengan toilet bersepah..:) Macam stor. Pon boley puuunn..^^ Tengok bilik aku yang sekian lama aku tinggalkan..bhaha :) penuh dengan labah-labah (sawang) je dalam tu. 

Erkk! Otak lekat~ Tak dapat berfikir dengan baik sebab berhenti menaip tadi pergi beli burger and satay..kemain lagiii..:) 

Nikmati hidangan yang aku dengan princesssheril sediakan.miahahahhaahah :)
Assalamualaikum :) Goodnite semua...

ShareCeritaBukanUntukGlamour

22 March 2012

Aku perlu tabah

Hye...Assalamualaikum :) Malam ni cam tak berapa nak ada idea untuk berblog..tapi nak jugak! Haih~ Nampak..mengeluh. ^^ Semenjak dua menjak ni..macam-macam masalah datang bertimpa-timpa. Perlu ke cerita??? Dah..nak jugak! Sebab ni diari aku. Harhar..berlagak sangat. Disebabkan oleh keadaan rumah yang tak berapa nak aman yang diselangi oleh gelak tawa si housemate -__- idea aku menghilang. Sedih...tapi aku teruskan jugak.
Tabah..susah ke nak jadi tabah? Sanggup ke aku?? Macam-macam benda bermain di fikiran yang tak berapa nak betul ni :) 1st thing yang aku fikir is...kerja..(lagi???) 2nd things is rumah baru (for??) 3rd things is money money money...4th is kawan atau teman..
So aku dah senaraikan things yang perlu aku......err...okay aku tak tahu nak cakap macam mana -_- Humm..Pasal kerja..aku nak cari kerja sorang-sorang kat KUANTAN ni memang tak lah kan. Macam apa pulak..nak kena jalan sorang-sorang..hantar resume. Puiii! Pasal rumah? Mana aku nak cari rumah kat sini? Semua memahal. -_- Kena duk 10orang baru mampu. Demmit! Kenapa entah buh harga tinggi tinggi..sial lah. Kasar kan??? And for what aku nak cari rumah baru? Sebab buat apa aku duk sini? Budak-budak nih pun dah nak habis study. Kena la cari rumah lain..Um.... Money money money...? Dah berhenti kerja awal..err~ macam mana nak dapat gaji. Dah kau blah macam tu je? Kau fikir bos kau nak bagi ke? "Aku sentap lah gila!" Kalau lah dapat half pun gaji tu tak apa jugak. Boleh survive lagi for next month. Ni nak makan pun tak mampu. Nak mintak kat mak? Harap maaf lah mak nak bagi. Dah kenapa entah. Padahal aku sorang je pun dia kena tanggung. Nak kawin awal tak bagi. Tak faham! EMO -_- Kawan atau teman? Kalau duk kat mana-mana mesti lah nak kena ada kawan kan? Walaupun aku tak sombong..hahah! Koya..perasan. Tapi tak semua orang boleh terima kawan dengan aku. Macam aku jugak lah..aku tak boleh terima sebarangan orang untuk jadi kawan aku. Kann? Ke kau tak macam tu? 
Hopefully hidup aku akan berubah pasni..:) Aminnn..~ 

K la..layankan jiwa yang kacau bilau :) Daa..Assalamualaikum

ShareCeritaBukanUntukGlamour

19 March 2012

My Last Day

Hey..:') (senyum sambil kesat airmata kat pipi yang tombam cam kuih pau) 
Assalamualaikum..Untuk tenangkan hati yang luka parah bagai dihiris pisau potong kulit..err~ tajam ke? Okay forget it! Before dah ada entry "MY BAD DAY" tapi hari ni "MY LAST DAY". Pahal entah tajuk nak sama-sama..kepala dah biol..so tak boleh nak fikir banyak. PUiii!~ 

Last day???? Nak kata last day sekolah..dah berkurun dah habis sekolah. Dah apa?? Last day kerja lah..haih..kemain berlambak entry pasal kerja kerja kerja..tu pun tak boleh teka ke hah????! (lepas marah kat korang nih.) Miahahaa..:D

Second question yang aku akan jawab sendiri.."Kenapa last day??" Sebab..aku dah tak boleh sabar..-_- Teruk tak?? Teruk kan? Kesian aku..:(  Kereta tercintun dah ada problem..kipas tak function. Temperature naik kalau bawak slow. -_- Means kena bawak laju-laju. Bhaha..aku pun tak faham dengan kereta ni..nak suh tuan hentam dia plak. Nanti lain plak yang jadi. Tuan dia jugak yang susah..-_- Dah kalau kat traffic light..kalau jalan sesak..macam mana? Nak matikan kereta ke apa???? 

Umm...Tapi apa kena mengena kereta dengan tempat kerja? Haihh~ Sebabnya kalau kereta rosak..aku tak boleh nak pergi kerja. Dah macam mana?? Kau ingat keluar simpang boleh main lanyak je? Kena lah tunggu..kalau pergi balik kerja confirm la time tu jalan macam dalam pasar. Pasar yang dipenuhi kereta. Bhahaaha..tipu! So, disebabkan oleh kereta yang begitu..eceh begitu :) Aku pun lambat datang kerja hari ni..muahaha..(gelak je kau tahu) So aku pun suruh la orang hantarkan aku kat tempat kerja. Then abang tu cakap "Eleh! Saja cakap kereta rosak..blablabla" Dah pahal??? Aku sabar je. Nanti cakap mula kurang ajar. Bila mulut tak boleh dibendung untuk cakap sopan dengan orang lebih tua. Lain pulak jadi. Bila aku tahan marah..mula la air mata menyembur keluar. Menyampah dengan diri sendiri. -_- Dengan rasa "Biar lantak kau nak cakap apa" Depan bos pun airmata jernih berkilau di mata. Haha! -_- Tadi bos masuk bagi duit untuk bayar barang..tiba-tiba dia cakap "Kenapa sedih-sedih ni..jangan sedih-sedih" "Kau tahu aku sentap nih! SENTAP!!!!" Apa pun kau cakap..keputusan terakhir aku dah buat which is "AKU RESIGN HARI NI WEY!!!!!!!!!" -_- Sedih..mesti gaji pun tak dapat..kena halalkan semua kerja..duit..yelah..claim isi minyak semua dah tak boleh nak mintak sebab nak berhenti macam tu je. -_- Apa pun..sabarkan je okay cekda. Chaiyookk2! :) Tomorrow..aku akan jadi jobseeker. Sudah laa..bubye :)

Assalamualaikum..

ShareCeritaBukanUntukGlamour

16 March 2012

Ouh Kampung

Yo yo wassup dude!! Haha..berlagak. Assalamualaikum bagi orang Islam. Selamat sejahtera pada yang bukan Islam :) Kita kan one Malaysia. Harhar..senyum sambil mata bukak kecik sebab sakit kepala.
Ohh..balik kampung..ohh..balik kampung..ohh...balik kampung hati girang.......................
Hahah..okay memang tak ada kena mengena dengan entry ni. Hanya untuk menggembirakan hati sendiri. Ecehh!

 
Hari ni hati teringat kat kampung..dekat orang-orang yang ada kat kampung tercintun! puii! Haha..tempat tumpah darah. :D Disebabkan oleh teringat kat kampung..aku pun bukak google and search "Felda Purun" harhhar..Seronok gelak sorang-sorang.
Muka korang aku tak nampak sangat..tapi ada yang aku kenal. Ni lah budak-budak kecik kat sana. :D Even dah skolah menengah..tetap kecik..haha maap maap maap.
Ni plak kumpulan kompang kat sana..harhar. Korang pun ada ghopenye :)
Ni Sekolah kebangsaan tercintun den. Kat situ lah den belajar dengan cikgu BM paling garang. And Cikgu Math paling garang. Asyik kena rotan..kena denda. Kenangan kenangan..
Ni????? Cantik tak? Haha..camera trick sahaja. Ni lah Tasek Bera..satu-satu tempat yang boleh dikatakan orang kenal la bila sebut "TASEK BERA". Biasa lahh..duk kampung..mana ada PAVI, KLCC bagai..
Hah! Sekolah menengah..err terasa nak nyanyi lagu sekolah..tapi tak ingat. :D Kat sini banyak suka duka aku. 
Hah???! Kenapa tetiba ada Puspa? Korang kenal? Mesti kenal kan? Kalau tak kenal pun buat-buat kenal sudah la..ni orang kampung sebelah :)
Errr~ Ni first picture yang aku nampak. Heheh..tapi kenapa ada kat bawah? Sebab malas nak susun :) Upload ikut dan je kata orang pahang. Hhaaha
Haa...ni orang Block sebelah :) Ada jugak..aku upload kan ajer :)
 
So sekian sahaja...dapat lah aku cuci mata tengok orang-orang kampung. Hahah..:D
SAYA ANAK FELDA :)

Pssttt! Maaf kalau entry kali ni menyakitkan hati dengan ketawa yang kurang sopan. Sebab memang suka tengok gambar kampung sendiri :)

ShareCeritaBukanUntukGlamour

15 March 2012

MY BAD DAY

Huarghhh~! Opsss..Sorry tak sopan mulut nganga luas2 :) Reality nya tak camtu pon sebenarnya. Saya kan sopan :D Harhar..sopan sangat! *Mata ke lutut..lutut ke rambut. Bayangkan sendiri..
Sebelum terlupa..Assalamualaikum kepada semua :) Yang dikenali atau tidak..kalau kau Islam..kau jawab :)
Bout this day..really bad day and i'm gonna be mad! -______- Grrrr! Dengan menghadap kerja yang tak patut aku buat. Sekali lagi kena buat site visit dekat POLISAS yang tercinta. Dah la pergi sorang-sorang. Alamak aihh~ Kena duk bawah sinaran mentari. Ecehh :D Mujur tak tumbang sebab tengah lapar time tu. Of course lah tenaga pun weak2 gitttew! Sabar cda..sabar..bulan ni jer -_- 
Then time nak pergi amek borang tender dekat admin poli tuh..tengok tak bawak pen hitam or biru plak. Dah???! Macam mana nak isi form? Puuiii!~ Ludah diri sendiri ke apa? Umm..dah kena balik office...
On my way nak balik office..temperature kereta naik plak. Pahal kau??? Dahh pemalas nak check air bagai..lanyak je bawak. Time tu la nak jammed bagai..urhh~ selama aku duk Kuantan..tak pernah lagi jadi camni. Sabar jela..darah na naik dah. Sket lagi nak meletup kepala..dengan temperature..dengan jalan penuh kereta. 
Puii!~ gerak 1inch-1inch..tu je mampu. Dahh..tengok rupanya ada roadblock. Jadah buat roadblock kat situ pakcik..-_- Penat tau kaki saya -_- Tapi aku gagahkan jugak. 
 
Terus gerak balik rumah. Kereta housemate plak parking dalam. Terpaksa la parking luar..dengan monyet bertaburan. Okay..aku memang tipu. Mana ada monyet bertaburan. Gila banyak monyet. Biasalah..duk dalam hutan -_- Simpati dengan nasib diri. Depan belakang..atas..kiri kanan. Semua ada monyet. Tengok monyet tu tak berambus jugak..aku keluar jugak lah. 
Motif?? Saja..sebab panda tu comel :) *time cari gambar monyet, muncul gambar ni
For your information..monyet kat Semambu ni garang nak mampus! Kang aku tembak sekor2 baru tahu! Pui! Then..aku pun keluar kereta dengan beraninya..keluar2 without sempat ambik kunci kereta ada bapak monyet kat belakang tunjuk taring buruk dia! Woiii! Aku pun ada lah!!!!! (???) hahahah! -_- Perhhh~ Memang aku lari..tapi silap..lari rumah orang lain! DAMN you!!! Dia kejar..boleh plak nak ngorat..dah tak layan tak yah lah. HuiiH! Monyet pon boleh. SERAM NIHHHHHHH! Seram + Funny + Takot = Monyet gila!!!! PUiii! Aku benci monyet aku benci aku benci!!! Perh~ tercabut skru lutut aku. -_- Aku tunggu kat garaj rumah orang tu..kemain malu lagi aku tunggu bapak monyet blah. Slow2 masuk rumah. Arhhhhhhhhhhhhh!!!!!!! Jerit sekuat hati...(dalam hati je).

Akak sedih laa dek non! Kenapa teruk sangat hari ni. -_-

ShareCeritaBukanUntukGlamour

14 March 2012

KESABARAN AKU DIUJI LAGI

Assalamualaikum semua..Disebabkan pagi yang damai ni..disulami dengan diri aku yang tak berapa nak ada MOOD ni aku tetap nak post entry jugak.
 
Hati aku dah makin berat untuk kerja kat sini. Kenapa? Sebab tadi bos aku tegur "hujan ni lambat saje!" *dihiasi dengan senyuman yang aku dah malas nak tengok* -______-

Sebab apa aku lambat? Encik Bos tak nak tahu ke????????????????????????????????? *nampak panjang gila tanda soal* Marah ni MARAH! Sebab selalu selalu selalu..kalau aku datang awal..sampai aku jadi mak guard kat luar tu..tak ada orang nak bukak grill!~ *Taip sambil tangan ketar-ketar rasa nak tampar muka orang* Kalau aku tunggu 5 ke 6 minit boleh terima lagi. Ni sampai 20-30-40minit. Kau ingat aku apa????? See..emo melampau. Maaf...-_- Aku sabar dah lama dah. First week kerja je elok. Dorang bukak grill awal..start kerja awal. Minggu-minggu selepas tu..memang kebiasaan aku akan jadi mak guard dulu kat luar tuh~ -_____-

So sekarang memang kesabaran teruji. Disebabkan oleh aku nak kan gaji for this month before aku resign. Duit tu untuk belanja aku time cari kerja lain nanti..lagi pun dah terlajak kerja kat sini..Aku terpaksa sabarkan diri sendiri. Tenangkan diri sendiri. Istighfar banyak-banyak k cda -_- Pesan diri sendiri pun boleh. Aku tak tahu lah kalau orang lain..boleh ke tak sabar macam aku. Kena redah hujan panas buat kerja despatch. Kena lawat tapak bagai. Sket hari lagi kena hantar tender. Pahal plak aku kerani kena buat kerja tu?! Korang bleh explain? Without allowance aku kena buat kerja macam tu? Memang aku sabar je -_-   
Sudah cda..tamo marah-marah..-_-


*Korang mesti kata yang...aku cakap sabar tapi marah-marah jugak dalam blog. Baik cakap depan depan kan? Huahhh!~ Beraninya aku. Aku akan tulis benda ni dalam notis 24hours nanti :) Tapi tak la semua. Kau gila??! Tak kan..:)

Apa pun..dah banyak aku buat muka poyo kat atas tu..Bak kata kakak perihatin..muka ketat. hahaa. Aku senyum la sket di pagi hari..:) 
Kambing pun boleh senyum..apatah lagi manusia. Senyum..tak perlu kata apa-apa :D

Wassalam..^_^ 

ShareCeritaBukanUntukGlamour

12 March 2012

Seronok ke Pandang Rendah

Hey..Selamat Malam..:) Apa pun..Assalamualaikum. Hehe :) 
Di malam yang dingin ini..aku disini menghadap laptop dengan perut yang ada tayangan musical tetap ingin membuat sedikit coretan untuk tatapan korang. Harhar..seronok aku buat ayat cam tu :D Biasalah duk sorang-sorang dalam bilik melayan perasaan --' *sudahlah dengan ayat sedih kau tu cda!*
Okay..kita terus ke title yang aku dah sediakan kat atas tu. Kalau korang tak tengok..memanglah korang tak tahu. Lahailahai....-_- *See! Emo melanda diri*

Humm..pandang rendah  Kenapa entah tiba-tiba rasa nak update pasal ni -_- Sebab aku macam ni ke? Errr..tidaklah. Elok sangat ke pandang rendah kat orang lain? Kau tu sempurna ke? Ouhh..tolong laa korang jangan nak perasan okay! *versi mak jemah* -->comel kan? Hakhak~ Aku je boleh perasan kat sini sebab ni blog aku kan? Kidding okay :) Peace yaww! Err..melalut panjang.
Benda ni banyak lah jadi kat sekeliling aku..korang pun mungkin la hadap benda yang sama. Orang yang suka pandang rendah pada orang lain. Kebiasaannya orang yang macam ni perasan yang dia tu perfect~ Padahal berlambak orang kutuk dia. Termasuklah aku..err~ Mungkin..haa! Aku tahu sekarang pun korang tengah kutuk aku..kan? Hahah :D
Emm..mana ada ta boleh mengumpat time bulan puasa jer. Hari-hari biasa pun tak boleh okay. Hikhik :D

Orang suka compare orang cantik dengan orang tak cantik..orang pandai dengan orang tak berapa pandai..and macam-macam lah. Dah tahu kan semua orang ada kelebihan and kekurangan masing-masing. Allah tu kan Maha ADIL :) Nampak kan? Time kat tempat study kau orang nampak orang yang tak berapa nak pandai..sebab result dia rendah dari korang. Tapi korang tak tahu yang dorang pandai kemahiran lain ke. Haa..Macam-macam kelebihan orang. Korang nampak yang pandai tu..wahh! Puji kemain lagi..melambung-lambung ayat. Tapi buat kerja hampeh -_- Korang nampak OKU macam tak boleh nak buat kerja. Sapa habaq kat hang..bak mai aku kasi penampaq sket. Tak kisah la OKU macam mana..tak ada tangan..tak ada kaki..buta ke apa..Dorang semua ada kelebihan masing-masing. Betul tak? Jangan mudah pandang rendah pada orang lain. Cermin diri korang dulu. Banyak cermin kat rumah? Kalau tak ada..pergi beli. Tak pun..aku kasi pinjam cermin aku. Hakhak..gurau di malam hari :) Err~ Ada orang bangga dengan kecantikan diri sendiri. Riak pulak tu! Tambah plak suka mengutuk orang. Mak aihh~ Kalau lah ditakdirkan muka kau tu tiba-tiba jadi pape. Kan dah tak omey :) Apa yang ada cuma pinjaman semata. 

#Coretan kali ni aku tak tujukan pada sesiapa. Buat pedoman untuk diri sendiri jugak. Kadang-kadang tersasul jugak. Hahah! 

K lah..selamat malam..aku nak menikmati hidangan istimewa yang aku buat sendiri. Maggi plus telur rebus. Yummy! Heh :D Assalamualaikum


ShareCeritaBukanUntukGlamour

Rindu

Hey dude!! :) Assalamualaikum
So seperti biasa..aku sebagai seorang yang sudah mempunyai kerjaya melaksanakan kerja yang telah diamanahkan lah of course -____- Err~ Pagi tadi aku kena buat site visit. Ada ke kerani buat site visit?? Kengkadang kekonfiusan melanda fius otak yang tak berapa nak baik sejak kerja kat tempat aku kerja sekarang -_-
Sudahlah..layankan hati yang pilu..resah gelisah ni sampai bila tak habes. 
-____________-

Emm..Cakap pasal rindu..Seriously aku rindu giler nak lepak dengan dorang..tapi apakan daya aku. Aku mudah mengalah..sekarang aku kena berkeras. Disebabkan kes berkeras tu yang sampai aku tak bertegur sapa dengan dorang. Siapa "dorang" yang aku maksudkan ni? Umm..siblings (kakak n adik) yang dulu memang giler rapat dengan aku. Everyday..every time..ke?? Lepak sesama..habis kan masa sama-sama -_-  Aku mudah maafkan orang. Sebab tu orang main hentak-hentak je kepala..dah bukan pijak da. Siap hentak sampai berderai kepala -_- Problem apa..biarlah rahsia. Sedangkan dengan family kita boleh bergaduh..ni kan plak dengan orang yang bukan darah daging..Sedih gila bila aku terpaksa buat 'keras'..untuk jaga hati sendiri..sebab selama ni problems bertimpa-timpa...aku maafkan. Tapi sampai bila? Keputusan aku buat untuk putuskan persahabatan. Walaupun sebenarnya aku tak rela walaupun itu keputusan aku sendiri tanpa paksaan dari siapa-siapa. Selalu aku tengok jer gambar kitorang spend time sama-sama. Sedih kemain bila ingat smula. Sudah lah cda..benda yang lepas..biarlah lepas. Kau asyik jaga hati orang lain..hati kau..kau campak dalam tong sampah. Puiii! Kenapa aku tak baik dengan both of them sedangkan sorang je yang buat hal? Sebab dorang siblings la...Aku cuma boleh say sorry dekat yang sorang tu..sebab dia tak salah apa-apa tapi aku tak jumpa dia. Anyway aku selalu ingat kau -_-
Ni je yang aku boleh cerita -_- Maaf sebab keluarkan cerita macam ni. Seriously Miss u both gila banyak punya!!! :(
Psstt!~ Siapa-siapa yang nak bercerita..nak menyampaikan cerita ni pada dorang. Aku orait jer. Kau punya hal. Aku just berkongsi apa aku rasa -__- 



to both of you --> Aku mintak maaf atas semua salah aku selama ni. Aku tahu tak ada orang pun yang tak buat salah. Aku mintak maaf kat sini. Bukan maksudnya aku nak burukkan korang. At least korang tahu yang aku still ingat korang even hati kadang-kadang sakit -_- Untuk contact korang macam biasa..aku belum bersedia. MAAF sekali lagi.

ShareCeritaBukanUntukGlamour

10 March 2012

KERJA

Haii..Assalamualaikum...:) 
Pagi ni..jari jemari aku beku lagi lolzz -______- Tapi aku suka lah sebab hari ni kerja separuh hari jer. Sabtu lah katakan -_- Walaupun aku tak berapa na willing untuk jejakkan kaki di tempat kerja yang paling indah dan permai ni. Errr!~
What about my work?? Erh~ Something yang buat aku rasa nak blah macam tu jer -_- Aku tak suka seyhh. Benci pun ada.

Aku tak kesah kalau kerja aku berlambak macam ni..asalkan aku duk office jer.


Apa kerja aku buat kat sini? Korang nak tahu? Okay aku bagitahu lah kan. *padahal syok sendiri jer. Heheh -_-
  • Buat invoice and quotation
  • Kengkadang buat purchase order
  • Bayar bil-bil yang haruslah kena bayar --> bil elektrik, air, p1, TM..and sebagainya lah
  • Kena berurusan dengan kakak company lain..which is manager tu ada share dalam syarikat aku kerja skang. Kena amek cheque lah bagai -_-
  • Kena buat kerja yang aku tak tahu nak buat ---> manager atas tuh perintah macam macam without ajar aku macam mana nak buat. Dia just cakap "nanti cda call lah kak tie, cda tanya dia k" errr~ -___-  Aku belajar benda baru by phone jer -_- even tak berapa nak faham..aku buat je. Ada aku kesah??
  • Kena beli makanan untuk orang-orang tempat aku kerja..kalau duit masyukk dorang makan mewah la -_- 
  • Kena beli air berbundle2 -_- lama-lama naik muscle tau!
  • Kena pegang duit riban2 bawak balik rumah -_- *cuak seyhh..buatnya duit tu hilang. Berbulan gaji aku nak ganti.
Ada gaya aku angkat kotak air seyhh -_-

Errr~ Kengkadang aku rasa aku ni buat kerja 2 in 1..kerani vs despatch.
Selagi aku sabar aku sabar lah. Tapi sekarang aku tak berapa nak sabar dah. *Padahal baru sebulan kerja. Sebab aku kena bawak kereta aku merata-rata..kalau jadi apa2 kat aku and kereta? Dorang tanggung..?? Dengan aku kena tempuh traffic light yang bertimbun kereta sampai nak patah kaki aku rasa. Kena jalan sorang-sorang..kalau kereta park jauh? Mau tak takut aku?? Kena beratur panjang-panjang sebab nak beli makanan dorang.  Giler?????! Kalau aku dapat gaji lebih tak apa..ni 6rat je bohh~ Mana cukup makan sebulan..nak tukar tayar kereta bagai. Nak tukar minyak hitam lagi...Ohhh..tidak lahhhh!!!!!!!!!!!!!! So..dalam masa terdekat aku akan resign :) RESIGN without NOTICE..senang kata..blah camtu jer. Hekhekk.

Beza aku dengan despatch..aku drive kereta..:)

Akhirnyaa...setelah lama aku pendam..dapat jua aku lepaskannya..harharhar :D
Bye..Assalamualaikum..tak jawab dosa :)
I'm a jobseeker..sambil awan-awan keluar kat atas kepala..-->job job job job job job job. Hahah..comel! 



ShareCeritaBukanUntukGlamour

9 March 2012

TERKENANG

Hai...selamat petang..Eh!~ lupa plak. Nak masuk rumah tak bagi salam :) Assalamualaikum semua..
Di petang hari yang mendung plus panas..mennas nih..haha :) Ditambah pulak dengan diri yang lemah longlai sebab drive merata-rata -_- Ini semua gara-gara kena bayar P1 and amek cheque. Gila banyak traffic light aku kena tempuh! Puiii!~ bleh patah kaki aku tau! Kau pe tahu??? haaa????! Garang..kan? Hahahha garang sangat. Amboiii~ Ada lagi satu benda yang aku and kawan aku yang sorang ni kena tempuh..nak tahu apa?? Nak ke takk??? Ish korang ni tak nak jawab plak!!!! Erhh~ Majok lah..huu~ Gedik takk? Hakhak..ok lahh..apa yang kitorang kena tempuh adalah....seorang lelaki yang berusia dalam 30++ maybe..dengan seluar tak zip -_- Ya Allah..menakutkan. Apsal la nasib malang kat Kuantan selalu dipertemukan dengan orang yang kurang siuman. Mungkin nak uji tahap kesabaran and keberanian kitorang. Walaupun tak berapa nak lulus..kitorang tempuh jugak lah. "Sebab aku dah lambat nak balik office!!!! Warrrggghhh!!!!"

Sudah lah mengarut..apa benda lah yang aku teringatkan sangat ni wahai cekda yang pemalu..aloloooo...ahhaha..bermanja dengan diri sendiri. Comel kan? :D Haruslah ada perasaan perasan disini :) Sudah lah..aku suka menggembirakan diri sendiri..walaupun kadang-kadang aku teringatkan someone yang telah hilang..siapakah dia? Si jejaka yang telah menambat hati aku ke? Ohhh..tidak. Si kecil yang telah pergi untuk selamanya..aku dah buat entry bout him semalam. Kalau korang tak baca memang lah korang tak tahu. So..kenapa aku teringat sangat dekat dia? Kenapa kenapa dan kenapa?? Sebabnya after balik dari cameron dulu..dulu ke?? Urmm..Dulu..aku teringin sangat nak jumpa dengan arwah..means sebelum aku balik ke kampung semula. Dapatlah aku jumpa dengan arwah for the last time. Memang aku nak sangat sangat sangat sangat jumpa dengan arwah. Aku pun tak tahu kenapa..rasa cam rindu gila nak tengok dia. Apa pun..aku syukur lah..aku dapat jugak tengok dia. Kalau aku tak dapat tengok dia dulu..confirm aku terkilan punya. Yelahh..kalau hajat tak dapat dipenuhi..siapa pun tak boleh terima kan?? Tapi apa pun..redha jelah dengan pemergian dia..
Redha dengan pemergian dia..Walaupun dia bukan darah daging kitorang. Kitorang se'family' tetap sayang dia macam darah daging kitorang.



kadang-kadang bila tengok baby..tengok dak2 kecik mesti teringatkan arwah. Ishh~
-____- sedih..

Sudah la...hilangkan duka dengan sedekahkan senyuman :)
Assalamualaikum..

ShareCeritaBukanUntukGlamour

8 March 2012

ALLAH LEBIH SAYANGKANNYA

Assalamualaikum..di pagi yang hening..dihiasi bunyi mesin pemotong besi..erkk!~ tersedakk!! Ok..sudahlah..
Dah berhari-hari tak update beloooooooooggg yang omeii ni!~ -_- Jumaat hari tu balik kampung..nak kata tak bawak lappy..bawak. Cuma ke'busy'an yang melampau..membataskan aku untuk mengupdate blog and mengonline. Grrr!~ Sebab rumah sedara..err! Sedara lah jugak..bau2 durian sket. Agaga :D Ahad aku balik lah Kuantan..cam biasakkk. 
Isnin tu aku dapat mesej..yang pada mulanya aku memang tak nak pun baca. Malas..tapi baca jugak "Adik, anak abang dah meninggal" --> Mesej dari my sis. Terkejut gila!~ Sang penyeri rumah telah pergi untuk selamanya..ha nampak ayat BM. Pantas gila reply mesej..macam-macam aku tanya..even prepaid tak berapa nak ada..Humm..cepat-cepat je bersiap..aku naik bas dalam pukul 12lbh bergerak ke rumah abang tercintun..tapi aku tak sempat tengok arwah..sebab sampai pun pukul 4setengah..then tunggu akak amek kat bustop..sampai rumah pun dalam kul 5. 
Hujan lebat turun time kat bustop..gila!~ basah habis aku. Mandi dengan air hujan..err!~ ramai gila mat-mat motor berhenti berpayung kat bawah atap bustop tu. Memang aku sorang je gegirl kat situ..opss!~ lupa lak..ada la separuh gegirl separuh boboy kat situ..jadilah ia si pengkid..Sampai je kat rumah..terus salam my brother. Time kecik-kecik dulu..aku lah paling rapat dengan dia..sayang seyh! Sorang je abang..:( Tapi...dah kahwin..mana boleh rapat sangat..jeles plak bini dia nanti. -_- Salam tu..abang aku terus peluk..!~ Sedih gila aku tengok abang aku sedih. Siapa tak sedih..hilang anak..forever plak tu. Even anak angkat..tapi dah macam anak sendiri. Abang aku and his wife jaga budak tu dari mak dia dalam pantang..sampai 11bulan..dari budak tu tak tahu apa-apa sampai budak tu pandai merangkak. Sedihhh gila -_- Kenapa mak dia n ayah dia serah anak dia pada abang aku tu..aku pun tak tahu. Kurang lebih dalam pukul 5 pm kebumikan arwah. Sebab kematian--> tersedak susu. Korang perasan tak? Sekarang..banyak gila kes macam ni. Doktor sahkan tersedak susu. Humm..aku pun tak tahu..yang betul betul sah..ajal dah sampai. Kan? Tapi sebelum tu pun..arwah memang dah demam. Panas..
Abang cakap...perangai dia berubah. Yelahh..44 hari sebelum ajal sampai..memang perangai akan berubah. Abang and his wife cerita la macam mana arwah sebelum arwah pergi..arwah tak boleh jauh dengan abang. Time abang solat..arwah pergi je kat abang..duk kat abang. Sedih kan? Dia nak dekat je dengan abang and his wife. Mak arwah ada amek arwah sehari before arwah meninggal..then mak arwah hantar kat abang..pagi tu arwah dah pergi buat selamanya..maybe arwah memang nak pergi time abang and wife abang ada dengan dia.
Apa pun..aku just doakan abang also his wife..supaya tabah.....and to Muhammad Syafiq..semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn~

We will miss you and pray for you...Putera airmata telah pergi untuk selamanya..........T_T

ShareCeritaBukanUntukGlamour

4 March 2012

Berani @ Buat buat berani ?

Assalamualaikum..Selamat malam :) Urh...sungguh kenyang perutku pada malam ini..setelah diisi oleh makanan yang sangat sedap di majlis pernikahan saudara..blablablaaa...heh~ nak keluarkan ayat novelis lagi..tapi malam ni otak tak berkembang :) So..sekian...-----------------------------> errr!~ belum lagi lah! 

Berani? Apa definisi berani bagi korang? Umm.. keupayaan untuk menghadapi ketakutan, kesakitan, bahaya, ketidaktentuan, atau ugutan..Err!~ sangat kreatif jawapan aku kan? Sebab aku cari dalam wiki -_- . Bab bab menjawab soalan secara spontan itu bukan aku. See!~ dah nampak kelemahan aku kan? Aku memang tak pandai pun bab bab cam ni..kena study bagai...baru bleh nak jawab. Sedih dengan diri sendiri. Yelah..tak kan tetiba nak sedih kat korang plak? Pe jadah plak nak kecian kat orang lain tanpa sebab. Puii!~ KASAR bahasa -_- maafkan aku wahai taulan sekalian. :) Cekda suka bergurau senda -_- Sudah lah!~ teruskan pada tajuk entry..

Aku tak tahu lah betul ke tak yang aku ni berani..ke aku buat buat je? Urhh!~ HIPOKRIT sehh!~ Pahal plak kau nak bagitahu kau berani ke tak ni cda???! Yelahh..just wanna share..semalam..bersamaan dengan 2March2012 (Jumaat) err..aku terpaksa balik sorang-sorang. Umm..dari rumah dah kira pukul berapa aku sampai rumah..gerak dari rumah (Kuantan) kul 7..maybe* kira punya kira..bajet sampai rumah (bera) dalam pukul 10. Mula macam macam dalam kepala hotak. Err~ berani ke aku? Buatnya hujan lebat..malam plak. Mata silau..-_- kalau cermin kena air..kompem la lampu yang tersuluh pada cermin tu akan buat aku tambah silau..and tak mustahil untuk aku tersasar..maksudnya aku ke kaki lima ke..ke jalan bertentangan ke? Cehh~ skema ayat aku kan? Biasa laa..:D Haaha..tetiba nak bangga. Err!~ tak suka bangga. -_- Then...aku yakinkan diri sendiri untuk bergerak balik rumah.
gelap...........-__-

 Tetiba...........(jengjengjengg!!! *unsur suspen*) aku nampak kereta hancur babe!~ pehh..hati berdebar seribu bahasa..haha!~ tipu lah seribu bahasa. Tapi kereta tu bukan eksiden hari yang sama. Maybe dah beberapa hari lepas. Tapi takut tu still wujud wooo dalam diri -_- Mudah sangat fikir benda bukan-bukan. Then...aku ternampak pulak..kereta tersasar dari jalanraya. Err!~ cane tu? fikir sendiri.  Ya Allah..rasa nak tercabut jantung. Takut wehh~ benda tak mustahil untuk jadi pada diri sendiri. So...semalam aku cuba untuk drive se'slow' mungkin. Follow kereta depan pun jauh je..kalau tak..aku lah si kaki cucuk! grrr!~ perasan. Ok aku tipu lagi. -_- Sedih...tapi pada masa yang sama..aku takut sampai lambat kat rumah. 
errr!! seramm

Umm..ada jalan-jalan tertentu..gelap gelita..aku je kereta yang ada kat jalan tu? Err!~ kepala fikir bukan-bukan lagi. Yelahh ni semua pengaruh cerita-cerita seram dalam tv..filem bagai..and cerita-cerita orang sekeliling. And pengalaman sendiri mungkin..And ini first time aku lalu jalan belakang..*sebab poket kosong sudah. Tak lepas bayar tol. Kesian kan kat aku?? Huwaaaaaa!!!! >.< Biasanya aku balik ikut highway..-_- Umm..Tapi aku yakinkan jugak la diri..asal sampai tempat yang nak aku tuju dengan selamat..walaupun semua lubang aku redah..paling taleh terima aku terlanggar tanah merah. Kotor kereta..macam masuk kebun mana plak..-_- Sudahlaa..tu pun cerita ke?? 

K la kawan-kawan...cekda nak berehat suda. Time to sleep. umm..adakah???  ASSALAMULAIKUM..gudnite semua :) mimpi indah..






ShareCeritaBukanUntukGlamour

2 March 2012

Gubahan Cda | WORDLESS





Sehari dua ni asyik buat header aje...:) Bleh la jenguk..walaupun tak cantik -_- Err! Sheril the princess mangsa.
ShareCeritaBukanUntukGlamour

1 March 2012

Mempersendakan Agama Sendiri

Hai..Assalamualaikum..:)
Ni dah masuk entry yang ketiga untuk hari ni. Act, tak terfikir pun nak buat entry banyak-banyak macam ni. Boring sangat kat tempat kerja sebab tak ada kerja and duk sorang-sorang. Sambil tu belek-belek muka buku. Tengok page "Kami Pencinta Kucing". Sebab aku suka kucing. Kiut miut! :)

Then..ada gambar manusia mana yang kutuk-kutuk agama Islam..Agama rasmi Malaysia. Tak tahu lah either dia orang Malaysia atau tidak..tapi yang pasti mereka-mereka ni Islam. Tak kisah la mana dia tinggal...kan? And aku tak pasti sama ada boleh atau tidak aku post dalam blog pasal ni. Benda ni mengaibkan orang ke eh? Tak kot..InsyaAllah lah tak. Sekarang banyak sangat orang Islam yang mempersendakan agama Islam..agama dorang sendiri pun. Sebelum ni aku tak terniat pun nak update benda-benda macam ni..tapi kali ni macam teruk sangat dorang punya ayat. Haihh~ Banyak page-page yang keluarkan gambar-gambar..betul atau tidak tu pun aku tak tau lah. Sebab sekarang banyak benda boleh edit. Kan? Aku buat entry ni pun sebagai pedoman je. Orang-orang kat luar tu..Tak perlu kot untuk persendakan agama sendiri. Banyak kita tengok Islam macam tu. Post-post kat fb. Err!~ Agama lain ada ke macam ni? Aku sendiri pun tak tahu. Makin lama makin ramai pulak aku tengok yang salahkan Allah..Nabi..-_- Kenapa ntah..pengaruh ke?? Apa alasan dorang pun tak tahu lah kan sebab dorang bukan kawan aku ke orang yang close dengan aku. Harap orang-orang yang kat luar tu..jangan lah jadi macam dorang. Yang penting yakin je ISLAM tu benar. :)

Sekian..entry yang ringkas dari aku :) Hekhekk..aku tahu korang dah tengok..mungkin.
Assalamualaikum..^_^

ShareCeritaBukanUntukGlamour

air tangan sendiri

Haii..entry kedua untuk pagi yang tidak berapa indah. Ouhh..tidak. Ciptaan DIA semuanya indah indah belaka. Semua atas diri kita sendiri menilainya. Hamboiii cda!~ Pandai berkata-kata sekarang.  Err..*blushing~
So kita teruskan je terus terus terus..banyak sangat terus. Ok..title --> air tangan sendiri. Huaah~ nampak macam proud gile seyhhh! Tapi tak pun sebenarnya. Sekadar ingin berkongsi pengalaman yang aku lalui semalam. :) Cewaahh! Aku selalu jeles tengok banner blog orang cantik-cantik. Comel-comel cam owner dia..maksud aku..owner blog yang banner comel-comel, cantik-cantik tulah..:) Omeynyee...caye uke angat. So, semalam..cuba try test buat banner sendiri. Hasilnya pada banner blog sendiri lah :) Walaupun tak berapa cantik..tapi aku puas hati. Sebab air tangan aku sendiri. Seronok! Tapi tak pandai nak buat transparent. So sad..



So, ni lah antara banner yang tercipta..semua kaler merah. Kenapa? Sebab aku dengan kakak kat atas ni..eww..kakak?? Kitorang obses dengan merah. Waahhh!~ :)
Err! Rahsia yang aku ingin bongkarkan..aku cuma guna paint and photoscape. Percaya atau tidak..itu terpulang. *Malu..tutup muka sebab tak pandai guna photoshop -_-

Sudah laaa..Assalamualaikum..:)

ShareCeritaBukanUntukGlamour