12 August 2012

Mencari Ketenangan Hidup

Hai :) Assalamualaikum para blogger and hadirin hadirat sekalian. Bhaha..macam ada jer :D
Baru selesai solat subuh..terus berblog..ngee <3 p="p">

Okay ! Cukup lha na pusing tunggang terbalik..terus ke title di atas. 

Ya..lepas kepala dah agak mengong fikirkan benda yang dah tak ada gunanya untuk difikirkan..aku cuba mencari ketenangan. Ingat kat Allah banyak2..Ingat Allah tu Maha Besar..Maha Kaya :) Benda yang paling senang untuk tenangkan diri..Berdoa banyak2..Supaya dia bagi nikmat yang lagi besar dari sebelumnya..InsyaAllah..Apa pun kita perlu bersyukur. Allah takdirkan sebegitu rupa mesti ada hikmah disebaliknya..Mungkin ada yang lagi baik untuk aku. Positifkan fikiran..selalu. :) Sekarang..aku cuba untuk tersenyum ikhlas. Aku cuba lakukan perubahan dalam hidup :) Tak ada orang yang sempurna..So, aku cuba buat yang terbaik dan cuba menjadi yang terbaik di mata Yang Esa. Walaupun itu sesuatu yang bukan mudah. Tapi aku cuba :) 

Seminggu dua ni..aku teringat dekat semua..semua orang yang aku kenal. Aku teringin nak jumpa korang dohh! Rindu sangat :) Aku rasa maybe akan lebih tenang kalau aku dapat jumpa korang ^^ InsyaAllah..Humm..sedih..menangis..tak tahu nak luah :') 

Benda ketiga..aku rasa seksa nak tanggung diri aku. Yelaa..baru nak menapak dalam bidang kerjaya ni..Kat kL pulak tu..humm..gaji pulak kecik. Betul2 mencabar kesabaran..tapi..aku tahu aku kena sabar. Sebab..memang susah nak cari kerja sekarang..mula dari bawah..susah dulu..Aku usahakan cari kerja lain. Hopefully lepas raya ni..aku dapat kerja lain. Kerja yang membolehkan aku tanggung diri aku and balas jasa mak bapak aku kat kmpung tu. First gaji lagi teringin nak bagi hasil titik peluh dekat dorang..tapi...apakan daya..diri sendiri pun tak mampu nak tanggung. Nak balik kampung pun susah..cuti pulak ahad jer. Kalau naik bas..lambat..kalau naik kereta..banyak pakai duit. -_- tulah..dulu time study tak beringat..ada simpan duit dalam bank..pergi habiskan. Sekarang..menyesal pun dah tak guna -_- 

Semua salah diri sendiri..lalai..leka..semua lah! 

Apa pun..InsyaAllah aku akan tersenyum dan terus tersenyum :) 
Gua selit sket koleksi muka gua..biar buruk asal...ntah :D



Assalamualaikum :)
Bye2! muahh <3 mihmih="mihmih" p="p">


ShareCeritaBukanUntukGlamour

11 August 2012

Pengalaman mengajar aku erti kehidupan

Assalamualaikum :)
Post kedua untuk hari ni :) Senyum tu sedekah kan..so saya senyum jelah. Tak kena bayar pun..tak susah pun. Buat apa nak tunjuk muka berlagak..buat apa nak sombong. Semua orang sama je..kaya ke miskin ke..tua ke muda ke..korang hidup tetap kena makan..kan? Ada ke orang kaya tak makan? Setidak mampu mana pun orang tu..kalau nak teruskan hidup mesti kena makan walaupun sikit. :') (ohh terharu sangat) Yea..aku sedih..pengalaman duduk kat KL ni..walaupun baru nak berjinak2 dengan bandar kL..biasalah..sebelum ni singgah2 je..Apa yang aku nampak..terlampau ramai pengemis kat kL ni. Ada yang sakit..ada yang tak berapa siuman. Aku rasa macam nak tahu je puncanya..tapi....ada yang normal..sihat..perfect! Tapi tetap mintak sedekah..Weii! Korang tatau malu ke?? Pengalaman aku tengok dua pengemis yang mewah..mintak sedekah....duduk hisap rokok dunhill -_- ada aku pergi sogo..aku nampak dia kat luar jual tisu..memang lelaki tu buta..perempuan tu sihat..teman member pergi butik levi's -_- Ya Allah! Lelaki dgn perempuan tadi..dia bawak beg tisu tu jugak..beli levi's doh! -_- Semenjak tu..aku pantang tengok pengemis..ntah~ Aku tak suka..hidup dengan mengemis..dorang hidup lagi senang dari kita..sehari dorang boleh dapat 300ringgit..aku kerja sebulan dapat 900 jer -_- dia mintak sedekah 3 hari jer. Dah dapat sawan 'jer' da aku ni..semalam pulak ada orang tua baye2 bapak aku..sound2 plak sbb ta na bagi duit -_- hadoi...apa lha masalahnyer..apa pun "tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah". Dah laa..gua sentap ni sentap!!
Bye kengkawan :) Semoga hari esok lebih baik dari hari ini...

ShareCeritaBukanUntukGlamour

saya tetap akan tersenyum walau pada hakikatnya sebaliknya

Assalamulaikum semua :)
Dah berbulan tak kunjung blog nih..lepas duk kL..semua jadi tak indah. Sebab..aku tak suka kL..aku tak suka sesak..aku tak suka bising..aku tak suka bunyi hon sana sini. Tapi..apa kan daya..hujan emas di negeri orang -_-  hehe..
Sentiasa tersenyum :) Sebab senyum penyembuh segala duka..mungkin ya atau mungkin tidak. Bila hati dah tak sesenang dulu..bila duka mula mengganggu hidup aku yang dah sediakala hiba ni -_- hadoi...bikin gua down je. Nak buat kerja pun dah susah..asyik berfikir benda yang dah berlalu. Kadang rasa diri sendiri yang bersalah atas diri sendiri. Siapa suruh dulu pergi cari pasal. Berkawan dengan orang..pastu berharap bagai nak rak. Haihh~ apa lah nasib badan. Sedih gua! Sampai sekarang tak boleh nak lupa..-_- tak boleh nak happy..grrr! mengong sekejap. Hhaha..(button shift susah plak nak tekan - puiii!) Teringat benda yang menyedihkan adalah benda yang paling aku tak suka..boleh mintak ubat hilang ingatan ta?? boleh?? -_- Sekarang tengah cuba cari ketenangan..tapi kat sini tak ada membe2 macam time study dulu...boleh suka2..keluar..lepak2..tengah sedih pun tak rasa sedih. :) Tapi..bila dah kat kL..semua benda datang tepat dalam kepala..-_- Tak boleh nak buang pulak tu. Yang mampu..berdoa sahaja :) Semoga aku boleh buang semua kenangan lalu..walaupun kenangan yang cuma hanya seketika.


Tapi...awak dah bahagia :) Saya nak tumpang lha sikit :) Boleh tak? Nanti jangan lupa jemput makan nasik minyak ye :) Hee :') terharu....sudah lha..membebel banyak2..penat tau..aku puasa.



Bye :D


ShareCeritaBukanUntukGlamour