14 January 2013

Rindu zaman 'study' dulu


Hey! Assalamualaikum semua! Malam ni macam malas na intro panjang2. Sebab mata pun dah layu. Tapi tetiba rasa nak update blog tercintun lagi dibenci. How come boleh cmtu? Ahahak ^_^

 
 
 
 
 
 
 
 
 
RINDU ZAMAN STUDY DULU..selalu jugak rasa macam tu. Sebab??
  • Ramai kawan..kalau la satu kelas tu ada 45 orang, and mungkin tak semua nya rapat. Mungkin separuh..tu pun dah rasa ramai kan? Even suku pun dah ramai. Kan? Bila dah habis study, kengkawan semua dah balik negeri masing2. Buat hal masing2. -_- Dekat kampung plak tinggal la sorang dua kawan yang tinggal. Time menganggur macam sekarang ni..punyalah bosan. -..- Time kerja pun, kenal sorang dua je. Pun bosan jugak..
  • Selalu spend time dengan kengkawan..even selalu misunderstanding..tp okay la. Sedangkan lidah lagi tergigit..ni kan pulak kawan2 kan.
  • Duit mak bagi every month..ditambah plak dgn duit ptptn..rasa masa study dulu, aku lah orang KAYA -..- tahik lah! Teruk perangai..dah kerja tahu plak menggagau cari duit. P2 makan megi jek..sbb duit habis bayar deposit rumah. --'
  • Selalu upload gambar dengan kengkawan kat sana..sebab dorang pun gila gambar macam aku jugak. ^_^
  • And the other reason yang aku rasa macam ada..tp aku tak ingat. and malas nak fikir dah.
Besides, time study dulu..otak ni rasa macam berkembang sikit lah sbb selalu study..bukak buku..membaca. Then, time ada presentation mula lah sakit perut lah..sakit kepala lah..sakit dada lah..na pengsan bagai. Nervousness yang susah nak hilang dari diri. Tergagap2. Malu tu yang lebih ekceli. Tapi apa boleh buat? Semua orang ada kelemahan and kelebihan dia sendiri. Bila aku boleh score masa quiz, test, even exam pun..tapi presentation gua down terus. *nangis*

Tapi disebabkan aku sambung study jugak lah..aku jadi lagi berani untuk berdepan dengan orang luar. Even orang yang tak dikenali..Yelah kan..pengalaman membuatkan kita jadi lebih matang. Makin lama, makin berani. And InsyaAllah akan kekal and akan lebih berani lagi. *amboiamboiamboi* 

Benda yang paling tak boleh lupa..masa sem 1 tu and sem 2..dapat gelaran "queen of the typewriter". Sebab? Aku lah typist paling pantas masa tu. ^_^ Bhahah! Bangga sekejap nok! And Alhamdulillah..sebab sepanjang study tu, ada lah subject yang aku suka..cam typing and trengkas. Umm..yeah! Really3 love that subject. And Alhamdulillah jugak..even banyak masalah yang aku hadap sepanjang study dulu, study aku tetap dapat fokus and dekan for every sem.

Tension macam mana pun..kira boleh release la bila dapat hang out. Gila berbeza masa skolah tu..kawan ramai pun, mak kongkong...tak dapat nak release tension, result pun men'tension'kan kepala otak lah. Aku study lah macam mana pun tetap tak masuk kalau kepala dah kusut. Asyik study3 -_- Parents pulak jenis tak berjalan..holiday ke apa ke -_- Sabor jela. Apa pun..aku dah usaha..and buat yang terbaik untuk masa depan. Eheh! InsyaAllah :)
 
 
K lah...lebar melalut kelaut dah cerita pun. Tidur dulu...Good night..sleep tight semua ^_^


ShareCeritaBukanUntukGlamour

8 January 2013

Thanks for Everything

 
Assalamualaikum wbt :')

Semenjak dua tiga empat menjak ni..Macam2 hal aku fikir termasuk hal rumahtangga =_=' Wah gatal gila doh! Bukan lahh..bak kata member aku..kita dah layak pun fikir benda2 macam tu. -_- Actually, kita kahwin bukan sbb kita gatal..tapi sbb jodoh kita dah sampai. Cuba fikir positif boleh tak??

So, untuk bulan yang ke ... and tahun yang pertama ++ . . tahun kedua ++ berkawan. I think I got the right person yang sudi amek berat pasal aku. (Wah! Jiwang karat) Even...family macam tak restu gitu. -_- Kecewa..rabak hati bila tahu. T_T termasuklah si dia. Tapi..apa kitorang boleh buat? Kitorang cuba usaha bagi family aku terima :') Macam2 dugaan kitorang tempuh :') Sometime macam terharu je sbb dia okay je even dia tahu family aku macam mana -_-' Kawan aku pun macam sama pendapat dengan aku :'( and kengkadang aku rasa macam menyusahkan dia pun ada. Tapi...aku tak berniat. Aku dah banyak kali amek keputusan to let him go. Tapi dia yang tak nak. Yelah..nak jumpa pun macam susah je. Dia nak jumpa parents aku..tapi my mom and dad macam tak nak bagi peluang untuk kenal dia lebih dalam. :'( bertengkar dengan mak tu perkara biasa dah. Tapi dia tak bagi sebenarnya..that's why aku macam tak simpan dendam pun dekat mak..walaupun aku sebenarnya memang tak suka mak buat macam tu. Salah ke aku pilih jodoh aku sendiri? -_-' Kengkadang aku jeles jugak tengok orang lain keluar sama2 dengan family..tapi aku? Sekali pun tak pernah. Sebab mak selalu cakap...cari lelaki kerja tetap..kerja kerajaan..nanti dah tua ada pencen..cari yang ada kereta..ada rumah :( Aku ni siapa mak nak orang macam tu. So now..aku cakap dekat dia..untuk bagi mak aku terima..dia kena spend duit dalam 20k macam tu and support kenduri and Alhamdulillah dia terima. Tapi a thing yang aku takut is bila kitorang dah susah payah cari duit siang malam untuk amek hati family..tapi last2 family aku tetap tak terima. Aku dengan dia nak buat apa lagi. Benda ni hari2 aku fikir..aku rasa macam nak gila pun ada. Dia kerja everyday termasuk weekend untuk cari duit lebih..aku, dia and orang yang baik dengan kitorang je yang tahu. Tapi dia lah yang tahu macam mana beban cari duit macam tu sbb aku..

Apa lagi yang kitorang boleh buat? Kitorang tetap fikir positif..and kitorang yakin yang family aku akan terima dia. Even kitorang tak tahu apa takdir yang dah ditetapkan sebenarnya. :'( Pergi balik Kuantan..dia teman aku. Dia datang naik bas and drive kereta balik kampung semula..and bila nak balik kuantan smula..dia hantar pergi kuantan and balik kampung naik bas. every 2weeks. Kengkadang terharu jugak..T_T macam tu jugak lah masa kerja KL tu. Bukan dekat..jauh -_- Kalau aku..memang aku tak sanggup lah nak naik bas berejam2 dari kampung pastu patah balik kampung semula -_- Yelah..kitorang satu kampung. Orang cakap..bercinta satu kampung sbb tak boleh jauh..tapi orang tahu ke apa situasi kitorang? Ada ke kitorang berkepit hari2? Nampak je macam happy ever after..tapi..kitorang je yang rasa T_T

Bila umur dah meningkat..makin ramai lah kawan2 yang dah jadi wife orang. Dah jadi milik suami masing2. And semakin ramai lah orang yang akan bertanya dekat kita.."awak bila pulak?" Aku benci gila soalan macam ni. Sebab banyak gila benda yang menghalang..mahu tak kawen aku ni sampai mati. -_-' Susah sangat ciri2 tu nak lekat kat aku. And mungkin yang ada..tapi tak betul jugak perangai tu. Bila yang dekat ni..memang semua buruknya yang nampak..-_- Bila yang jauh ni..nak nampak apa?? Nampak perangai depan2 time jumpa jelah kan. Of course la cakap lemah lembut..lenyek semut pun tak mati..pengsan sekejap je. Apa background dia pun family aku tak tahu..tak ada nak selidik bagai. -_- tapi bila yang dekat ni..semua benda jadi tak kena..padahal tak ada apa yang salah nya pun. Biasa lah..umur muda..macam2 nak cuba. Bukan cuba benda bukan2..tak lah pemabuk ke..hisap dadah ke. Tapi dalam kampung tu..of course ada je yang pembuat cerita..cerpen..karangan..sajak..pantun. Karang cerita bukan2. -_-' Aku kenal dia lama..and jiran aku kawan baik dengan dia dari sekolah pun. Aku tak pernah dengar cerita bukan2 pasal dia. Sbb kalau ada, memang aku tak akan kawan dengan orang tu pun.
 

Sudah lah...bila cerita pasal ni..memang tak akan habis. Menaip untuk puaskan hati sendiri..sebab cakap dekat family pun diorang tak akan faham. Aku dah penat nak bertikam lidah dengan dorang. Aku dah penat nangis hari2 bila fikir benda ni. Mungkin orang senang je cakap.."Putus je..cari orang lain. Kan ramai lagi lelaki kat luar tu." Memang orang senang je nak cakap..cuba dorang ada dalam situasi macam ni. Baru dorang rasa..apa kitorang rasa. Aku selalu cerita dekat kawan terdekat...tapi dorang pun tak boleh nak buat apa. Sebab family aku tetap dengan keputusan dorang sendiri. Kitorang kena reda dengan apa jugak yang dah ditakdirkan. :')

Sorry T_T



ShareCeritaBukanUntukGlamour

3 January 2013

I love Singing

Dear all readers...I hope you'll enjoy my entry and love to read it -..- Bhaiii! Celaru ta hengat. Ayat ala2 buat surat resign masa kat securiforce dulu. Bhaha..! ^_^
 
Sudah la bebel..
 
Nak tanya korang sikit..sikit je. Satu soalan maybe..and maybe akan ditambah dari semasa ke semasa. :D Salah ke kalau kita pergi kat pusat2 karaoke untuk menyanyi...? Umm..yela kan..suara tu kan aurat bagi perempuan lah kan. So..kita pergi situ untuk lepaskan geram ke gian nyanyi ke (without lelaki)..yelah kan kat dalam toilet mana ada speaker besar -_- mic..tv besar. -_- Tapi karaoke toilet pon ada gak..haha..! Tapi ta syok -_- sakit telinga speaker pecah2 -_-
 
Aku memang kaki menyanyi even sedar suara sumbang mambang macam mambang tanah -_- Boleh pecah la gegendang telinga korang kalau dengar. Lagi2 yang first time tu. Bhahah! Kesah pulak aku. Disarankan untuk bawak headphone besar kepala tutup sekali dengan kepala2 ^_^ yang pernah karaoke sekali semua leleh nanah kat telinga (bapak tak senonoh anak cik noh) -_-" Orang nak kutuk ke nak mengata suara tak sedap pun tak apa..aku boleh jawab "kalau suara sedap tak nyanyi dah kat sini..dah masuk AF dah" and aku selalu tolong jawab kan untuk orang2 yang selalu kena macam tu. Means..orang cakap "suara tak sedap pun sibuk nak nyanyi" :) Paham?? tak paham lantak lahhh
 
Kalau boleh tiap kali outing tu mesti nak pergi karaoke..Aku tak berapa nak minat tengok wayang..-_- Maaplah..tapi aku tengok jugak kalau orang ajak. Apa salah nya..^_^ hahah! Pergi 3 orang and lebih haruslah nyanyi 2 jam. 1 jam macam tak ada je -_- Macam mengigau jejak kaki kat tempat tu je. Tapi bila dah amek 2 jam rasa macam nak tercabut anak tekak. Kuar mula suara macam ben (idola kecil - tomei gila suara dia)
 
Sian Ben tetiba terlibat dalam blog ni...^_^ Maapkan akak ye Ben..alolooo...tomei je ^_^
 
Hey Ben! Nama akak "CIEDA"..Sudi karaoke dengan akak?? ^_^ Selamat berkenalan..Bhahaha! Cakap guna gambar pon boleh lah kan.
 
 Sudah lah..jom teman karaoke -_-' Stress duk rumah...Babai semua..
Assalamualaikum :D

ShareCeritaBukanUntukGlamour

Header lapuk -_-

Hey dude! Hey babe! Hey baby! Hey darl! Hey janda! Hey duda! Hey mak dara! And semua yang wujud di atas muka bumi yang digelar macam2 -..-" sampai lupa nak bagi "salam". -_-" Assalamualaikum...:)
 
Yeah! Apa2 sajalah..So! Apa aku nak selitkan kat entry malam ni? Kepala pun dah macam celaru carca marba -..- je. Bosan sudah menyelubungi hidup. Nak keluar rumah kena soal siasat bagai -_- Time kat luar..tadek pun orang nak tanya macam polis tu -_- Keluar je sesuka hati. Mak dengan abah buat aku macam aku tak pernah duk luar -_- Padahal da tahun2 pun aku kat luar tu. Tapi...yelah kan..parents mana yang ta take care of their child kan? Wahh! Haruslah selit2 ayat english lintang pukang. Kau hado??? Hahaha ^_^
 
Okay panjang lebar bersyarah..-_- Proceed pada title seperti di atas. ^_^ HEADER lapuk dohh! Memang lapuk lah aku kata kat kau..kau nampak? Ke kau dah buto..(okay aku sebenarnya tanya pada diri sendiri sebab followers pon sikit je ekceli..) Huahuahua..Gelak sengsorang tu hobi. So jangan teruja sangat tengok aku gelak okay. -..- (merepek lagi | maap) Headers lapuk yang aku cipta tahun lepas masa aku kerja Kuantan..bulan 2..and gambar pulak masa practical kat MDB dahulu kala. Zaman mat jenin tu..-_- STRESS aku tengok header blog sndiri doe! Sbb tu nak menghupdate pon jadi malas..-_- Ni kan pulak nak buat header baru..sejak mouse rosak ni..menyulitkan jari jemari aku untuk mengedit gambar yang tak nampak pon macam edit padahal. :D (Whatever..kesah pulak aku kan)
 
Ada sesapa nak belanja aku mouse baru kaler pink gambar hello kitty..plis2 =^_^= (buat muka comel ala unta) Bhahaha..! Kalau boleh nak yang wireless =..= wireless kah?? weeweeeett!
 
Sudah2! Gua tak nak berceloteh panjang sesorang ni..ta syiokk =..= Tolong lah sesapa like ke hape..kan sonok gua nak berceloteh. grrrrr!!! (Kidding jewww)
 
Goodnight semua...^_^ Assalamualaikum..Semoga hari esok lebih baik dari hari ini okay..Aamiiin
^_^
 

ni lah yang dinamakan muka unta ^_^ bahahahha!
Semoga tidur korang lebih lena lepas tengok muka unta versi manusia berbaju merah bertudung peach..sekian ^_^
 

ShareCeritaBukanUntukGlamour