8 January 2013

Thanks for Everything

 
Assalamualaikum wbt :')

Semenjak dua tiga empat menjak ni..Macam2 hal aku fikir termasuk hal rumahtangga =_=' Wah gatal gila doh! Bukan lahh..bak kata member aku..kita dah layak pun fikir benda2 macam tu. -_- Actually, kita kahwin bukan sbb kita gatal..tapi sbb jodoh kita dah sampai. Cuba fikir positif boleh tak??

So, untuk bulan yang ke ... and tahun yang pertama ++ . . tahun kedua ++ berkawan. I think I got the right person yang sudi amek berat pasal aku. (Wah! Jiwang karat) Even...family macam tak restu gitu. -_- Kecewa..rabak hati bila tahu. T_T termasuklah si dia. Tapi..apa kitorang boleh buat? Kitorang cuba usaha bagi family aku terima :') Macam2 dugaan kitorang tempuh :') Sometime macam terharu je sbb dia okay je even dia tahu family aku macam mana -_-' Kawan aku pun macam sama pendapat dengan aku :'( and kengkadang aku rasa macam menyusahkan dia pun ada. Tapi...aku tak berniat. Aku dah banyak kali amek keputusan to let him go. Tapi dia yang tak nak. Yelah..nak jumpa pun macam susah je. Dia nak jumpa parents aku..tapi my mom and dad macam tak nak bagi peluang untuk kenal dia lebih dalam. :'( bertengkar dengan mak tu perkara biasa dah. Tapi dia tak bagi sebenarnya..that's why aku macam tak simpan dendam pun dekat mak..walaupun aku sebenarnya memang tak suka mak buat macam tu. Salah ke aku pilih jodoh aku sendiri? -_-' Kengkadang aku jeles jugak tengok orang lain keluar sama2 dengan family..tapi aku? Sekali pun tak pernah. Sebab mak selalu cakap...cari lelaki kerja tetap..kerja kerajaan..nanti dah tua ada pencen..cari yang ada kereta..ada rumah :( Aku ni siapa mak nak orang macam tu. So now..aku cakap dekat dia..untuk bagi mak aku terima..dia kena spend duit dalam 20k macam tu and support kenduri and Alhamdulillah dia terima. Tapi a thing yang aku takut is bila kitorang dah susah payah cari duit siang malam untuk amek hati family..tapi last2 family aku tetap tak terima. Aku dengan dia nak buat apa lagi. Benda ni hari2 aku fikir..aku rasa macam nak gila pun ada. Dia kerja everyday termasuk weekend untuk cari duit lebih..aku, dia and orang yang baik dengan kitorang je yang tahu. Tapi dia lah yang tahu macam mana beban cari duit macam tu sbb aku..

Apa lagi yang kitorang boleh buat? Kitorang tetap fikir positif..and kitorang yakin yang family aku akan terima dia. Even kitorang tak tahu apa takdir yang dah ditetapkan sebenarnya. :'( Pergi balik Kuantan..dia teman aku. Dia datang naik bas and drive kereta balik kampung semula..and bila nak balik kuantan smula..dia hantar pergi kuantan and balik kampung naik bas. every 2weeks. Kengkadang terharu jugak..T_T macam tu jugak lah masa kerja KL tu. Bukan dekat..jauh -_- Kalau aku..memang aku tak sanggup lah nak naik bas berejam2 dari kampung pastu patah balik kampung semula -_- Yelah..kitorang satu kampung. Orang cakap..bercinta satu kampung sbb tak boleh jauh..tapi orang tahu ke apa situasi kitorang? Ada ke kitorang berkepit hari2? Nampak je macam happy ever after..tapi..kitorang je yang rasa T_T

Bila umur dah meningkat..makin ramai lah kawan2 yang dah jadi wife orang. Dah jadi milik suami masing2. And semakin ramai lah orang yang akan bertanya dekat kita.."awak bila pulak?" Aku benci gila soalan macam ni. Sebab banyak gila benda yang menghalang..mahu tak kawen aku ni sampai mati. -_-' Susah sangat ciri2 tu nak lekat kat aku. And mungkin yang ada..tapi tak betul jugak perangai tu. Bila yang dekat ni..memang semua buruknya yang nampak..-_- Bila yang jauh ni..nak nampak apa?? Nampak perangai depan2 time jumpa jelah kan. Of course la cakap lemah lembut..lenyek semut pun tak mati..pengsan sekejap je. Apa background dia pun family aku tak tahu..tak ada nak selidik bagai. -_- tapi bila yang dekat ni..semua benda jadi tak kena..padahal tak ada apa yang salah nya pun. Biasa lah..umur muda..macam2 nak cuba. Bukan cuba benda bukan2..tak lah pemabuk ke..hisap dadah ke. Tapi dalam kampung tu..of course ada je yang pembuat cerita..cerpen..karangan..sajak..pantun. Karang cerita bukan2. -_-' Aku kenal dia lama..and jiran aku kawan baik dengan dia dari sekolah pun. Aku tak pernah dengar cerita bukan2 pasal dia. Sbb kalau ada, memang aku tak akan kawan dengan orang tu pun.
 

Sudah lah...bila cerita pasal ni..memang tak akan habis. Menaip untuk puaskan hati sendiri..sebab cakap dekat family pun diorang tak akan faham. Aku dah penat nak bertikam lidah dengan dorang. Aku dah penat nangis hari2 bila fikir benda ni. Mungkin orang senang je cakap.."Putus je..cari orang lain. Kan ramai lagi lelaki kat luar tu." Memang orang senang je nak cakap..cuba dorang ada dalam situasi macam ni. Baru dorang rasa..apa kitorang rasa. Aku selalu cerita dekat kawan terdekat...tapi dorang pun tak boleh nak buat apa. Sebab family aku tetap dengan keputusan dorang sendiri. Kitorang kena reda dengan apa jugak yang dah ditakdirkan. :')

Sorry T_T



ShareCeritaBukanUntukGlamour

0 orang tariktelinga:

Post a Comment

BisikBisik