28 February 2012

Negative Thinking

Hai..Assalamualaikum..di petang hari yang panas+kedinginan di dalam bilik yang tidak seberapa besar ini. Aku, sebagai penulis blog yang tidak mempunyai follower ini (sambil tutup mata sebelah sebab malu dengan diri sendiri)..ingin menyampaikan hasrat hati..haha! Pui! Geli tengok ayat sendiri.
Okay..nampak tak tajuk kat atas tu?  Nampak kan? Itulah benda yang telah tersemat dan terpendam di lubuk hati paling dalam..yang sekian lama aku simpan. (senyum sinis :'))

*antara sebab kenapa orang selalu je negatif
*beza negatif dengan positif..bila orang terlampau negatif buat hidup dorang lagi bermasalah. Biasanya orang yang positif boleh terima pendapat orang lain..berbeza plak dengan orang yang berfikiran negatif. (Nak tahu lebih lanjut sila rujuk buku Personality Grooming..**sekian :D)

Tentang orang-orang sekeliling aku yang duk negatif 24hours. Boleh buat aku barah otak bila aku fikir balik benda yang tak masuk di akal.  Perlu ke berfikiran negatif? Mungkin perlu untuk keselamatan diri dan orang yang kita sayang. Kan? Tapi tak boleh la pulak bila terlampau negatif dengan semua orang. Tak semua orang baik and tak semua orang jahat.  Macam mana kita nak berbaik dengan orang kalau kita asyik anggap orang tu buruk? Sifat? Perangai? Boleh diubah..betul?! Kalau ada orang bimbing..siapa pun boleh berubah..InsyaAllah dengan izinNya.
"Terkadang hati ku bertanyaaa adakah dia dah berpunyaaa.." Apa kena mengena?  Sambil taip sambil menyanyi tu yang tertaip sekali tu :) Sori okay..
<--See! Orang yang sentiasa berfikiran negatif jugak boleh buat dorang gagal dalam hidup.
Humm...kadang-kadang airmata melimpah macam waterfall disebabkan mereka mereka yang suka pandang serong pada orang lain.  Dari dulu aku tahan telinga. Dengar mereka mereka cakap pasal orang. Tapi apakan daya. Aku tak ada kuasa pun nak ubah perspektif dorang. Nanti mula la cakap aku tak dengar kata..degil. Aku fikir jugak..kalau lah ada orang yang boleh ubah cara pemikiran dorang..kan seronok. Situasi sekeliling la yang buat dorang bertambah negatif..cedih angat -_-

So sekarang aku beranikan diri untuk bersuara..biarlah dorang nak cakap aku tak dengar cakap dorang pun. Sampai bila aku nak biar benda ni..
Sudahlahh..aku dekat office ni nanti mula menangis. Puiii ! Aku benci bila aku menangis.


Sekian ceramah dari saya... CikCiedaMulutKepohtapiPemalu* Puiii !



ShareCeritaBukanUntukGlamour

0 orang tariktelinga:

Post a Comment

BisikBisik